PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA AMUKAN POCONG SLOT SERAM TV3
Drama Amukan Pocong arahan Aidil Fitri Mohd Yunos akan mula ditayangkan 15 Mac ini di Slot Seram, tv3 setiap Khamis jam 9.30 malam. Drama ini akan menggantikan drama Santau Merasuk. Nor Aliah Lee Abdullah merupakan penerbit drama ini manakala Sofea J. Rhyland menulis skrip drama.
PELAKON AMUKAN POCONG
Azhan Rani (Long Husin)
Elly Mazlein (Long Jamilah)
Ezany Nizariff (Jidin)
Iqram Dinzly (Lan Becok)
Hady Taher (Awang)
Roslan Salleh (Sulaiman)
Liza Abdullah (Kak Ros)
Nabila Huda (Zai)
Neelofa (Emma)
Farlyna Idris
Sharifah Sakinah
Namron
Siti Elizad
Liyana Jasmay (Mira)
Anzalna
Hady Taher
Roslan Salleh
Latif Borgiba (Pak Sayut)
Namron (Pak Nang)
Erin Malek
Faralyna Idris
Puteri Fateen Nasuha
Izara Aishah (Amy).
SINOPSIS AMUKAN POCONG
Drama Amukan Pocong mengisahkan Long Husin dan 2 orang rakannya, kaki judi yang kemaruk dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan ‘alamat’ nombor ekor untuk menang wang menggunakan cara mudah. Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu.
Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah ‘memakan diri’ menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehinggakan terpaksa menanggung akibat menjadi pocong yang digeruni semua penduduk kampung!
Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan akibat dorongan perasaan tamak haloba. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?
KELAINAN AMUKAN POCONG
Menurut pengarah drama ini, cara pocong menjelma dalam drama ini berbeza dari yang selalu kita lihat iaitu pocong menjelma dengan cara melompat-lompat. Namun, namun setelah beliau membuat kajian menerusi pembacaan bahan rujukan lama, pocong menjelma dalam pelbagai bentuk lain seperti secara berguling, meniarap serta kadang kala bergerak seperti seekor haiwan di tanah.
Cara kematian setiap 13 gadis sunti juga berbeza dan mati dalam keadaan yang sadis serta menakutkan yang akan menimbulkan rasa seram dan menakutkan. Drama ini turut menampilkan heroin yang berbeza pada setiap minggu.
Melalui drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini, pengarah mahu masyarakat sedar betapa kekayaan tidak mudah diperoleh menerusi jalan pintas apatah lagi dengan berjudi. Justeru, tidak mustahil ada segelintir manusia sanggup menghalalkan cara.
.
p/s: Amacam?. Nak tengok tak drama Amukan Pocong ni?. Ada berani?
Sumber: Murai, Facebook Amukan Pocong, hmetro dan tv3
Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook tentang pelakon dan sinopsis drama Amukan Pocong ini dengan menekan butang share ini.