BUFFET RAMADHAN 2013 DI HOTEL GRAND PARAGON JOHOR BAHRU SEDAP & BANYAK PILIHAN

BUFFET RAMADHAN 2013 DI HOTEL GRAND PARAGON JOHOR BAHRU SEDAP & BANYAK PILIHAN

Ahad dan Isnin lepas aku berpeluang menikmati hidangan buffet Ramadhan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Peluang ni tak datang selalu. Aku memang tak biasakan diri makan buffet Ramadhan di hotel ni. Tapi ni kenapa aku makan buffet Ramadhan kat Hotel Grand Paragon pula tu?. Heee… Tak lain dan tak bukan sebab orang belanja. Siapa belanja?. Sifu aku belanja 🙂

buffet ramadhan sedap di hotel grand paragon johor bahru JB

Kenapa aku kurang gemar makan buffet kat hotel?. Sebabnya ada dua je. Pertama sebab mahal. Kedua sebab tak sedap. Ha ha ha…. Jadi, bila sifu kata dia belanja kami makan di hotel ni, dalam fikiran aku dah set, mesti tak sedap. Tapi kan, jauh meleset tau sangkaan aku ni. Sedap ok. Sedap. Diulangi sekali lagi, makanan buffet Ramadhan kat Hotel Grand Paragon JB ni memang sedap.

Dah lah tu, makanannya banyak pula tu. Dekat ball room tempat makan tu, dari pintu sehingga ke hujung dinding bilik tu, sepanjang-panjang tu ada makanan. Macam-macam ada sampai aku pun tak snap gambar-gambar makanan yang beratur tu.

Masa hari kedua, ada orang lain selain dari kami perserta-peserta seminar tu, aku dengar dia cakap “Banyaknya makanan. Ni sampai sahur”. Aku senyum je dengar. Since aku dah makan hari ke-2, so tak terperanjat tengok makanan yang macam-macam ada tu. Ni sebahagian je makanan yang diambil. Kena ambil makanan secara berperingkat. Kalau tak, tak muat meja.

buffet ramadhan 2013 di hotel yang sedap

1st day tu, siap member aku cakap, esok pun mesti menu yang sama. Biasalah, hotel kan. Tapi sekali lagi sangkaan kami meleset. Menu tak sama. Ada yang sama, ada yang tak. Waahhh! Impressive. Dan yang paling penting, sedap. 🙂

Bila makan buffet kat hotel ni, memang kena pandai susun strategi makan. Supaya tak membazir bayar mahal-mahal, tapi makan sikit je. So, group aku, kami makan dulu, then berhenti pi solat, lepas solat sambung balik makan. Makan nasi last sekali. Kalau makan nasi dulu, jawabnya dah tak boleh makan menu yang lain. Makan slow-slow. Jangan gelojoh, nanti cepat kenyang. Aku memang stay sampai pukul 8.45 malam. Hehe…. Memang aku buat rekod juara orang terakhir habis makan untuk dua-dua hari tu. Don’t worry, guna teknik ni perut tak rasa penuh sangat pun. Aku OK je. Makan slow-slow je kan 😀

Itupun, tak semua makanan aku rasa. Ada juga yang aku tak sempat rasa. Banyak sangat makanan kan. Last sekali aku makan ais krim lah kan. Sebagai penutup. Satay pun ada, cuma satay ayam liat sikit, tapi satay daging lembut dan sedap. Mushroom soup, memang sedap. Durian goreng memang marvellous.  Apa lagi?. Udang sambal, lala.. sedap. Macam-macam lah ada. Tak terkira.

Memang pandai sifu aku pilih tempat untuk belanja kami. Dia dah buat survey, hotel mana kat JB ni buffet Ramadhan paling sedap dan best ada banyak pilihan. Sebab tu dia belanja kami makan buffet Ramadhan di Hotel Grand Paragon ni. Ammak!. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga.

Harga Buffet  Ramadhan di Hotel Grand Paragon

Dewasa – RM80++/seorang

Kanak-kanak (4-12 tahun) – RM40++/seorang

Alamat HOTEL GRAND PARAGON SDN BHD

 18, Jalan Harimau,

Taman Century, 80250,

Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Untuk tempahan / pertanyaan :

Tel : +607-268 5222 Fax : +607-268 5333

error: Content is protected !!