i-CITY SHAH ALAM – APA YANG MENARIK?
i-City merupakan destinasi terakhir yang aku kunjungi untuk tahun 2011. Aku rasa tahun 2011 lah yang paling banyak aku jalan-jalan mengunjungi tempat-tempat menarik di Selangor dan juga tempat menarik lain di Malaysia seperti Melaka dan lain-lain. i-City yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini juga merupakan tempat menarik di Selangor yang aku lawati selain dari tempat-tempat menarik yang lain sepanjang menjadi peserta MySelangorStory Contest.
Selalu aku tengok kat internet je gambar-gambar i-City ni. Tengok memang ler cantik membuatkan aku teruja nak pergi dan dah lama juga menyimpan hasrat untuk ke sini. Akhirnya. kawan aku mengajak aku ke sini.
Harga tiket masuk ke i-City Shah Alam:
6 pagi – 6 petang : RM 1.00 ( 1 kenderaan)
6 petang – 6 pagi : RM 10 ( 1 kenderaan)
Kalau pergi i-City ni pada tahun 2010, memang free je. Tapi sekarang dah kena bayar dah. huhu..
Tempat parking yang disediakan memang luas. Dalam hati mula mencongak, kalau car park full, berapa agaknya kenderaan boleh dimuatkan dalam satu-satu masa?. Memang berkepoklah poket tauke i-City ni. Lumayan, lumayan. Hehe…
Apa yang ada di i-City?. Biarkan gambar-gambar pemandangan di i-City ni sahaja yang berbicara. Layan…zas!
Apa yang menarik di i-City? Bagi aku, kalau nak rasa syok dan berbaloi datang ke i-City ni, haruslah menaiki cable car yang ada.
Sebabnya, masa naik cable car ni, akan melalui satu bahagian di mana, kanan dan kiri kita ialah pokok yang berlampu. Sangat cantik pemandangan ni. Serius ni, memang cantik dan rasa waaahhhh! Cantiknya..! 😀 Barulah aku senyum dan rasa best. Kalau tak, aku dengan kawan aku rasa hambar je. Memang rasa nak naik lagi je cable car ni, sebab sekejap sangat tournya. Rasa tak puas.
Harga tiket cable car i-City Shah Alam:
RM 10 untuk 1 cable car dan 1 cable car maksimum 2 orang sahaja.
Syarat-syarat menaiki cable car i-City Shah Alam:
Sila baca dengan teliti syarat-syarat untuk menaiki cable car di i-City Shah Alam ini, terutama sekali kepada ibu bapa yang membawa anak kecil, kerana ada had ketinggian untuk kanak-kanak yang mahu menaiki kereta ini.
Pastikan ketinggian anak anda melepasi syarat. Kalau yang dukung baby tu, memang tak payah lah susah-susah beli tiket dan beratur panjang untuk menaiki cable car ni, sebab bayi memang tak dibenarkan untuk menaiki cable car ini.
Masa aku nak naik cable car ni, beratur memanglah panjang. Makan masa sejam lebih juga beratur. Masa tu adalah kes 2 keluarga yang beratur dihadapanku, mereka tak dibenarkan membawa anak mereka menaiki kereta kabel ini, sebab kecil lagi. Ketinggian tak lepas.
So, berlakulah sedikit pertengkaran antara pengunjung dan pekerja di situ. Mestilah orang tak puas hati, dah beratur berjam-jam lepas tu tak boleh naik pula. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, adalah lebih baik kita membaca term and condition yang telah ditetapkan. Ianya ada dilekatkan di kaunter pembelian tiket dan juga di tepi tangga untuk menaiki ke bahagian cable car.
p/s: Tapi aku pun mula-mula takut juga naik kereta kabel ni. Huhu..rasa macam nak jatuh je, nak tangkap gambar pun rasa tak senang perut. Ngeh2..
Oh ya, lagi satu, kalau tak nak beratur panjang sangat untuk naik kereta kabel ni, kenalah datang awal sikit, sebab, masa aku datang tu, awal pukul 8. Masa aku mula beratur, ada 2 barisan je, tapi, bila aku turun dari cable car, aku tengok dah jadi 3 barisan penuh. Fuuuhhhh! Pelik sungguh aku sebab sedangkan aku pergi hari Jumaat, malam Sabtu, dan hari Jumaat tu bukannya public holiday.
Tapi ramai betul manusia di i-City. Mungkin juga sebab time tu cuti sekolah dan kebetulan ada Karnival Sayangi Selangor. So, masa tu ada juga pancaragam dan konsert. Hehe.. Dengar suara orang nyanyi je, tapi aku tak pandang pun ke arah pentas, sebab tak pergi dekat dengan pentas. Pandang dari jauh, nampak orang kecil je kat atas pentas.
Apa ada di i-City Shah Alam?
1) Permainan untuk kanak-kanak:
Permainan untuk kanak-kanak memang banyak di i-City ni. Ini adalah antara permainan yang disediakan untuk budak-budak. Ada beberapa permainan ini, bersyarat iaitu kanak-kanak perlu melepasi had ketinggian yang ditetapkan. Tapi, ada juga yang tak bersyarat (agaknya lah..hehe… sebab aku tak bawa budak kecil time tu, so tak tahu sangat. Kawan aku yang baca dan tanya orang yang jaga permainan tu).
Banyak, kan permainan untuk kanak-kanak. Jelous sungguh aku dengan budak-budak ni boleh main macam-macam permainan. Tiba-tiba aku rasa nak jadi budak-budak semula. Hehe..tapi mana bisa, kan?. 😀
2) Snow Walk
Aku rasa kalau tak masuk kat snowalk ni mesti rasa kurang best lah i-City ni kan. So, kalau nak rasa fun kat sini, silalah masuk ke dalam Snowalk ni. Tapi aku dan kawan tak masuk sini, lagipun kitorang dah penat, seharian pusing-pusing Selangor sebab sesat. Hehe…Masa tu aku tak guna Papago lagi. 😛
Harga tiket SnoWalk i-City Shah Alam:
Dewasa : RM 25 seorang
Kanak-kanak : RM 20 seorang
Sewa boot : RM 10
Sarung kaki disediakan : Deposit RM 20 (wang dikembalikan)
Harga peralatan untuk snowalk yang ada dijual:
Ear Muff : RM 7 – RM 15
Gloves : Dewasa (RM 10 – RM 15), kanak-kanak (RM 7 – RM 10)
Scarf : RM 10 – RM 20
Snow cap : RM 10 – RM 20
Disebabkan aku dan kawan tak nak masuk dalam Snowalk ni, jadi ni aku ambil gambar pemandangan dalam Snowalk i-City, Shah Alam dari blog danarif khas untuk tatapan pembaca blog ni. Kalau nak tengok lebih banyak gambar dalam snowalk ni, boleh lawati blog danarif tu. Link aku dah letakkan.
Best atau tak bestnya i-City ni, terpulanglah pada individu itu sendiri. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Bagi aku, banyak lagi improvement yang boleh dilakukan. Kalau tak, pengunjung akan rasa datang dan sekadar tengok lampu aje. Pastu bergambar-gambar. Ramai juga orang yang aku tengok sekadar duduk dan melepaskan lelah. Huhu..mestilah penat berjalan, kan. Tapi tempat duduk pun takdelah banyak disediakan.
Sepupu aku pergi sini pun dia kata boring. Member aku pun kata boring juga sambil muka dia memang jelas terbayang kebosanannya. Best atau tak best, setiap individu ada persepsi masing-masing. Sebab tu lah aku kata kat sini, kalau nak rasa best, kena naik cable car dan masuk dalam Snowalk tu. 😀
Tapi, aku pasti, kanak-kanak memang akan rasa seronok datang i-City ni, sebab memang banyak permainan untuk kanak-kanak selain dari budak-budak pun memang suka tengok lampu. Hish! Memang aku rasa jelous kat budak-budak ni.
Untuk keluar dari i-City ni, masa tu, mak aih, punyalah panjang barisan kereta. Mahunya 45 minit aku terperuk dalam kereta, bergerak ke hadapan sikit-sikit untuk sampai keluar. Huhuhu.. letih aku. Kakilah letih nak tekan brek. Nasib ler kereta auto. Kalau manual, maunya rasa tercabut kaki ni. Kui kui kui…
p/s: Ada orang dah berkali-kali datang i-City ni. Bagi aku pergi sekali je dah lah. Cukuplah tu. Asalkan dah pernah jejakkan kaki. Lagipun, rumah aku dan i-City ni jauh, beratus-ratus kilometer. Hehe 😀
Info tambahan: i-City terletak berhampiran dengan Lebuhraya Federal (Federal Highway).
Alamat i-City:
Jalan Multimedia 7/A, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: +603 5521 8800
Peta i-City Shah Alam, Selangor