IMPIAN YANG MENJADI KENYATAAN
Setiap orang ada impian. Kalau tak ada impian pun, ada angan-angan. Tak kesah kalau nak pasang impian tinggi mana pun. Tak kisah juga lah kalau nak berangan sejauh manapun, asalkan kita ada impian, dan mahu menjadikan impian itu kenyataan, itu sudah cukup bagus.
Tapi, adalah jauh lebih bagus kalau kita berusaha bersungguh-sungguh untuk jadikan impian itu satu kenyataan. Asalkan jangan jadi mat jenin udahlah.
Aku pernah terdengar di slot motivasi pagi radio IKIM yang selalunya berkumandang di radio jam 7.30 pagi. Salah satu ceramah tu ada menceritakan mengenai menggapai impian.
Kisah yang menjadi contoh tentang impian menjadi kenyataan ialah kisah Tony Fernandez yang berimpian untuk mempunyai satu syarikat penerbangan sendiri. Walaupun diejek dan ditertawakan, tetapi beliau berusaha untuk menjadikan impiannya itu satu kenyataan. Tengoklah kini, betapa berjayanya beliau.
Ikon kedua dalam ceramah ini ialah Kate Middleton. Sejak kecil Kate ingin menjadi puteri raja. Kate menyimpan banyak gambar-gambar Putera William. Sehinggalah beliau masuk ke univerisiti yang sama dengan Prince William dan mempunyai matlamat untuk memikat hati Putera William. Impiannya menjadi kenyataan setelah pewaris takhta Britain ini melamarnya untuk dijadikan isteri.
Begitulah 2 kisah yang menjadi contoh dalam ceramah tersebut. Intipati tersirat di sebalik 2 kisah ini ialah, impian tanpa usaha tidak akan menjadi kenyataan. Setinggi manapun impian itu, jika kita berusaha untuk mendapatkannya, InsyaAllah, akan menjadi kenyataan.
Aku pernah juga terdengar ceramah motivasi Fadhilah Kamsah di radio, yang menyatakan bahawa ‘impian kita tak cukup tinggi jika orang tak kata kita ‘gila’ apabila kita memberitahu impian tu kepada orang lain. Ya lah, kalau dah impian tu bunyinya macam mustahil je nak jadi kenyataan, memang lah orang akan kata kita gila. Tapi, tu lah yang dinamakan ‘impian besar’.
Tak kisah lah, impian besar atau impian kecil, bagi aku tak salah memasang impian, kerana tanpa impian kita juga seperti tiada hala tuju. Tak mustahil impian akan menjadi kenyataan, kerana ‘Nothing impossible in this world’. ‘Man Jadda Wa Jada’.
Aku…Aku juga ada impian.
Jom sertai kontest aku ada impian yang berlangsung sehingga 31 Disember 2011.
p/s: Ada jalan mudah untuk impian menjadi kenyataan dengan cara menggunakan teknik menulis impian dengan betul. Pelajari tekniknya >> di SINI <<