WOW! HADIAHKAN IBU iPHONE4

WOW! HADIAHKAN IBU iPHONE4

iPhone2 white colour

Tengok gambar iPhone4 warna putih dari Maxis ni, terliur pula aku tengok. “Get the best for mom.” Wow! Agaknya macam mana reaksi ibu aku ek, kalau aku hadiahkan iPhone4 ni sempena Hari Ibu?. Maunya dia peluk aku erat-erat kot. Hehe…

Tapi aku hanya mampu tengok je lah, kan. Aku rasa mak aku pun tak minta aku belikan ni semua untuk dia. Dia faham yang anaknya kini student. Hehe.. 😀

Ada terdengar kat dalam radio IKIM, dalam segmen motivasi pagi, ustaz tu mengatakan bahawa orang tua ni dia sukakan sentuhan. Sentuhan di sini tak semestinya, kita sentuh dia. Tapi, kalau kita balik ke kampung dan berada dekat dengan dia, ini pun dah boleh buat dia happy.

For my lovely mom, I Love You So Much!. Sempena Hari Ibu ni, aku janji nak bagi hadiah SPA kat mak aku. Hehe..tapi bukanlah pergi ke spa dan suruh orang spa tu yang urut dia, aku lah yang urut dia. Free je, tak payah bayar. Hihu 😀

p/s: Adik aku nak ajak mak ke JB hari ni, dia nak hadiahkan mak jam tangan. Mudah-mudahan murah lah rezeki adik aku kan. Dia ada duit, nak belanja mak. Aku ni yang poket kering sebab 6 hari unpaid leave bulan lepas, pastu aku berhenti kerja pula tu. Huhu…

JAWAB SURVEY & DAPAT DUIT

error: Content is protected !!