KEBAIKAN PING ENTRI DAN KEBAIKAN KOMEN DI BLOG
Baru ni aku perasan. Sejak awal bulan ni, boleh dibilang dengan jari, berapa kali je aku ping blog. Rasanya, jari pun lebih banyak dari bilangan aku ping entri.
Sebenarnya, semasa 6 bulan pertama berblog je aku rajin ping. Ping di engblogger, Innit dan blogged.my, sampai sanggup tunggu pukul 12 tengah malam untuk ping. Konon-konon berangan nak jadi entri paling popular. Konon jelah. Tapi hanya berjaya jadi entri paling popular 3 kali jer kot. Time tu fikir, kalau tak ping, maka takdelah orang nak menjenguk blog ni.
Setelah 6 bulan berblog, aku mula dah malas nak ping. Sebabnya, kalau aku ping pun, tak ramai yang nak jengah blog ni. Huhu..nak buat macam mana kan. Aku memang tak pandai nak buat tajuk-tajuk gempak yang menarik perhatian orang untuk baca entri aku ni.
Akhirnya, aku malas nak ping lagi dah. Lebih-lebih lagi bila aku tengok, pakcik google yang paling banyak bawa visitor ke blog ni, dan sehingga kini, kekal menjadi referrer utama.
Kelebihan Ping Entri
Tapi, aku tak nafikan. Ping entri ni banyak kelebihannya. Kelebihan paling ketara ialah boleh menumpang populariti ping site itu sendiri. Iyalah, kalau ping site tu glamour, mempunyai Alexa rank yang rendah, dan PR yang tinggi, sudah semestinya entri yang di ping di situ boleh tersenarai dalam first page google.
Rugi juga aku tak ping. Tapi entahlah. Memang malas dah nak ping-ping segala bagai ni. Sebab tu lah kot blog ni pun tak glamour dan juga tak banyak follower sebab orang tak tahu sangat pun kewujudan blog ni. Kecuali kalau dia tersesat mai sini. Hehe. 😀
Sekarang kalau aku ping pun, aku ping kat Page Facebook je. Tu pun, bukannya semua entri.
Kelebihan Tinggalkan Komen
Sekarang ni, aku mempunyai hobi baru pula dalam dunia blog ni, iaitu tinggalkan komen di blog lain. Bukan untuk meninggalkan kesan tapak kaki (tinggalkan jejak), tapi sebab blog tu sedang menganjurkan contest komen.
Bersemangatlah untuk tinggalkan komen sebab manalah tahu akan mendapat ganjaran lumayan nanti jika bernasib baik. Tapi, selepas aku dah terjebak dalam contest komen ni, satu keseronokan lain pula yang aku dapat.
Sebenarnya, memang sejak aku start berblog, aku memang suka baca komen-komen yang terdapat dalam sesuatu entri. Sebabnya, aku dapati, bukan di entri tu sahaja ada maklumat, tapi di komen-komen juga terdapat maklumat yang bagus.
Selain dari tu, tinggalkan komen pun boleh menambahkan kenalan. Bila komen kita tu di reply oleh reader lain, dan kita pun reply balik komen tu. Walaupun dah jadi macam chatting, tapi seronok juga. Tiba-tiba je rasa pengkomen tu dah jadi macam kawan pula. Lepas tu,timbullah rasa ingin tahu. Siapalah dia ni?. Dia berblog pasal apa ek?. Nak tahu punya pasal, so visit lah blog orang tu. Kan dapat trafik juga tu. Selain dari tu, tuan blog pun mungkin akan datang melawat blog kita jua.
Selain dari boleh dapat hadiah kalau menang, kalau tinggalkan komen di blog yang guna comment luv, tajuk entri akan terpapar beserta dengan komen, secara tak langsung dapat mempromosikan entri dan dapat trafik percuma bila reader lain blog tu klik link yang ada.
Alexa rank juga akan mula turun dan terus turun kalau dah url blog ni bersepah-sepah kat banyak blog.
Dapat duit jadi pengomen bertuah, aku beli printer 2nd hand ni. =D
Pengkomen Tegar vs Silent Reader
Dulu aku memang suka jadi silent reader. Lepas baca entri dan komen-komen, aku klik pada entri-entri lain pula untuk di baca. Semangat betul membaca. 😀
Tapi lepas dah join contest komen-komen ni, rasa best lah pula. Tak rugi pun kalau kita tinggalkan komen kat blog orang.