Ucap Satu Perkataan Ini Untuk Hilangkan Rasa Malas

Ucap Satu Perkataan Ini Untuk Hilangkan Rasa Malas

Pernah tak rasa malas je nak buat kerja? Rasa macam nak lepak je, baring je, bermalas-malasan sambil layan Drama Korea, Drama China. Lepas tu start buat kerja, susahnya lah hai. Hmm… 

Ok, dah jangan malas-malas lagi. Start buat kerja. Kalau rasa susah juga nak start buat kerja, amalkan baca lafaz ni : 

لاحول ولا قوة إلا بالله 

“La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”. 

Bermaksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

InsyaAllah hilang rasa malas tu. Penerangan lanjut bagaimana lafaz La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah ini boleh hilangkan rasa malas, boleh tonton video di bawah sampai habis. 

 

5 Kelebihan melazimi bacaan “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”

 

1. Pembuka Rezeki

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”

(Hadis Riwayat: At-Tabrani)

2. Ubat Kepada 99 Penyakit 

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”

(Hadis Riwayat: At-Tabrani)

3. Menanam Pokok Di Syurga

Telah berkata Abu Ayyub al Ansari bahawa pada malam Israk, Rasulullah saw berlalu melintasi Nabi Ibrahim as lalu Nabi Ibrahim bertanya,

“Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibril?

Ini Muhammad, jawab Jibril.

Nabi Ibrahim lalu berkata,” Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok disyurga.

Maka Nabi saw bertanya, “Bagaimana menanam pokok disyurga?

Nabi Ibrahim menjawab,” Ucapkan kalimat La hawla wa la quwwata illa billah

(HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

4. Salah Satu Perbendaharan Syurga

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata:

“Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW,

lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga?

Aku berkata: Mahu ya Rasulullah.

Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata:

“Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?

Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah.

Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

5. Membawa Kemuliaan

Membaca “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

Siti Aisyah r.anha menceritakan:

“Nabi s.a.w. adalah orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t dalam setiap waktuNya”.

(Al-Hadith)

Dapat manfaat?

 

Boleh share artikel ini kepada rakan-rakan kalau rasa ilmu ini bermanfaat.

Nak lebih banyak tip berkaitan motivasi kehidupan? Join channel telegram ni bawah :

.

error: Content is protected !!