KEPUTUSAN RASMI MALAYSIA VS ARSENAL 2011

KEPUTUSAN RASMI MALAYSIA VS ARSENAL 2011

malaysia vs arsenal

Akhirnya, setelah 90 minit perlawanan Malaysia vs Arsenal, berserta 1 minit dan 3 minit masa tambahan untuk separuh masa pertama dan separuh masa ke-2, Malaysia tewas ditangan Arsenal 4-0. Huhu..

Apa yang aku lihat, Malaysia ada banyak peluang, tapi sayang seribu kali sayang, peluang yang tak digunakan sebaiknya. Bola yang disepak terlalu tinggi sehingga jauh melepasi palang gol.

Ternyata keeper Arsenal tidak banyak diuji. Sebaliknya, keeper Malaysia terpaksa bekerja keras. Separuh masa pertama, Sharbinee menjaga gawang. 2 gol bolos. Gol pertama pada minit ke 5, gol ke 2 pada minit ke-36″.

Separuh masa kedua menyaksikan Khairul Fahmi berusaha bersungguh, tetapi 2 gol juga berjaya bolos. Gol ke-3 Arsenal pada minit ke-58″ dan akhirnya gol ke-4 pada waktu kecederaan.

Andakah insan bertuah yang memenangi iPad 2, Sony Ericsson Xperia or Sony Ericsson W8?

Keputusan rasmi Malaysia vs Arsenal 2011: Malaysia 0-4 Arsenal. Apapun, skuad Harimau Malaya telah mencuba sebaiknya dan corak permainan yang ditunjukkan berkembang baik sepanjang perlawanan berlangsung.

Yang aku nampak, masa awal-awal perlawanan, Malaysia nak lepas bola ke separuh padang pun payah. Lepas tu pass bola ke Sharbinee. Banyak kali juga lah Sharbinee kena tendang bola melepasi separuh padang.

Lepas tu, dah lama-lama sikit main, baru lah Malaysia dapat banyak peluang. Cuma sayang juga apabila free kick tidak dapat disempurnakan. Apapun, memang nampak kelincahan pemain Arsenal. Langkah mereka pun 2 kali lagi panjang dari langkah pemain Malaysia.

p/s: Tetap menyokong Malaysia dan berharap agar bola sepak Malaysia semakin maju.

VIDEO GOL MALAYSIA VS ARSENAL 2011

Kongsi keputusan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

KEPUTUSAN RASMI MALAYSIA VS ARSENAL 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS ARSENAL 13 JULAI 2011 (ARSENAL ASIA TOUR)

malaysia vs arsenal

 

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS ARSENAL

MALAYSIA 0: 4 ARSENAL

Yang tak dapat tengok perlawanan ni secara live di Stadium Bukit Jalil, boleh tonton secara livestreaming di SINI.

KEPUTUSAN RASMI MALAYSIA LAWAN ARSENAL 2011

Apakah keputusan Malaysia vs Arsenal?. Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan kumpulan gergasi EPL akan bermula jam 8.45 malam ini di Stadium Bukit Jalil.

Agak-agaknya berapa gol berjaya disumbatkan malam ni?. Sejak AFF tahun lalu, skuad kebangsaan telah mula cemerlang dan kecemerlangan berterusan sehingga sekarang.

7 CARA UNTUK DAPATKAN AUTOGRAPHED JERSEY CHELSEA & TIKET PERCUMA MALAYSIA VS CHELSEA

Tak sabar juga nak tengok Harimau Malaya beraksi malam ni. Keputusan perlawanan akan diupdate ketika perlawanan berlangsung.

Yang tak dapat tengok perlawanan ni secara live di Stadium Bukit Jalil, boleh tonton secara livestreaming di SINI.

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 31457312 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 1756