Lagu Aishiteru memang best. Best lagi bila dengar lagu ni sambil tonton Sinetron Cinta Melody. Boleh baca tentang sinopsis dan cerita tentang Cinta Melody di entri SINETRON CINTA MELODY| SINOPSIS, PELAKON, OST.
LIRIK LAGU AISHITERU
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo (meskipun kamu jauh)
Kiminoi shuaguaratala (aku tetap mengingatimu selalu)
Shiniteruyo shiniteruyo (percayalah, percayalah…)
Sinetron Cinta Melody mulai ditayangkan 5 Mei 2011 di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang. Drama sebanyak 36 episod ini memang menarik, best dan menyakitkan hati. Ahaks! Boleh diserang gangguan emosi tengok cerita ni sebab geram dekat mak cik dan sepupu si Melody ni.
Aku mula terjebak dengan cerita ni sejak awal bulan Jun ni. Agak lambatlah untuk aku start tengok cerita ni sebab bukannya ada Astro pun kat kolej aku ni. So, aku layan cerita ni tonton online di youtube. Kalau nak tengok link semua episod Cinta Melody ni, boleh lah tengok kat sini: CINTA MELODY FULL EPISOD.
PELAKON
Chelsea Olivia (Melody)
Randy Pangalila (Elang)
Poppy Bunga (Jelita)
Fendy Chow (Raffi)
Fanny Ghassani (Sonia)
Ryana Dea (Ajeng)
SINOPSIS CINTA MELODY
Cinta Melody ni mengisahkan kisah percintaan di antara Melody dan Elang. Perkenalan di antara Melody dan Elang bermula ketika berlaku kemalangan kecil di antara mereka. Elang merupakan anak seorang usahawan yang berjaya, Bu Anggika dan Pak Bharata.
Pak Bharata mahu Elang belajar dari bawah dan menyuruh Elang di tempatkan di bawah pengawasan pekerja terbaik syarikatnya, iaitu Melody. Melody merupakan seorang supervisor dan merupakan pekerja bahagian marketing yang paling berkaliber. Pada awalnya, Melody dan Elang saling bercakaran. Namun, akhirnya, bibit-bibit cinta mula terbit di antara mereka.
Ajeng, rakan Elang sejak kecil dan juga senior di syarikat tersebut menaruh hati pada Elang. Dalam syarikat itu, hanya Ajeng yang tahu bahawa Elang adalah anak boss. Bharata mahu perkara ini dirahsiakan. Ajeng mula sakit hati dengan Melody apabila dia menyedari Elang menyintai Melody.
Ajeng mula memburukkan Melody di hadapan Anggika tetapi sebaliknya yang berlaku. Anggika menyukai Melody kerana Melody berjaya membentuk Elang. Tapi, perkara ini tidak kekal lama kerana sebaik sahaja Anggika tahu yang Melody merupakan anak kandung suaminya, Bharata, Anggika mula menyusun rancangan jahat untuk mengusir Melody dari syarikat.
Melody dan Elang
Anggika sebenarnya mengambil kesempatan ke atas Bharata yang hilang ingatan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bharata sebenarnya kemalangan bersama dengan adiknya, Fajri. Tetapi ketika kemalangan itu, hanya mayat Fajri yang ditemui.
Melody tinggal bersama neneknya (Fatima), ibunya (Nissa) dan juga ibu saudara (isteri Fajri) dan kedua orang sepupunya, Jelita dan Agung (anak Hanny). Hanny dan Jelita sangat membenci Melody dan Nissa kerana mengganggap suami Nissa (Fajar) telah membunuh suaminya.
Dalam rumah tersebut, memang sering berlaku pertengkaran di kedua-dua keluarga ini. Hanya Nissa dan Melody sahaja yang bekerja dan menampung kehidupan seisi rumah.
Hanny dan Jelita sentiasa iri hati dengan Nissa dan Melody. Macam-macam rancangan mereka atur untuk menghancurkan hidup Melody termasuklah memberitahu Anggika siapa sebenarnya Bharata. Hanny terserempak dengan Bharata dan mula menyiasat latar belakang Bharata.
Sepanjang cerita ni, aku mula emo start episod 15, di mana Melody akhirnya berhenti kerja dan mula terpisah dengan Elang. Huhu…cerita ni memang banyak pergolakan. Aku pun belum habis tengok lagi. Baru tengok sampai episod 22. 😀 Tapi ramai juga yang tak puas hati dengan pengakhiran cerita ni. hehe
Kepada yang dah tengok, mesti dah tahu tentang ke’best’an cerita ni. Cuma kalau sikit-sikit tak logik tu biasalahkan. Payah lah nak buat cerita yang perfect. 😀 Yang pastinya, tengok cerita ni, memang rasa sakit hati kat mak cik dan sepupu si Melody ni. Kat Melody pun aku geram juga. Awatlah tak lawan, diam je. Gerammm…
LAGU OST CINTA MELODY
Lagu tema Ost Cinta Melody bertajuk Aishiteru (Aku Cinta Kamu) nyanyian band Zivilia