NOVEL GEMERSIK KALBU ANIS AYUNI (REVIEW)

NOVEL GEMERSIK KALBU ANIS AYUNI (REVIEW)

gemersik kalbu

Walaupun aku dah beli novel Gemersik Kalbu ni sebelum start drama Gemersik Kalbu di tv3 lagi, tapi baru je dalam minggu lepas aku khatamkan novel ni. Saje je aku tangguhkan pembacaan novel ni sebab aku suka tengok drama Gemersik Kalbu. Sweet je cara Wan Ariffin mengurat Ana. Lepas muncul watak Suffian, lakonan Aqashah tu, lagi best pula sebab si Sufian tu memang tak makan saman. Hehe…

Aku tangguh baca novel ni juga supaya aku tak hilang mood untuk tengok drama tu, tak best lah kan kalau dah tahu cerita. Memandangkan drama tu pun dah nak habis, dan akan digantikan dengan drama Cinta Buat Emilda, tu yang aku start baca novel ni.

REVIEW NOVEL GEMERSIK KALBU

Pada awal pembacaan sehingga separuh novel ni, aku tak dapat nak menghayati sangat jalan ceritanya sebab dah tahu dah jalan ceritanya. Ye lah, dah tengok drama kat tv tu kan. Ada sikit-sikit lain juga lah, terutama cara Wan Ariffin mengurat Ana. Tapi di sini aku bukan nak membandingkan novel dan drama. Tak adillah kan nak bandingkan kedua-duanya. Adaptasi tak bermakna ceritanya sama seratus peratus.

Pembacaan aku mula dirasakan interesting bila Ana dah bernikah dengan Sufian. Sebab kat tv3 pun, baru sampai situ je ceritanya. Aku nak tahu sangat, macam mana Sufian jinakkan Ana. Almaklumlah, Sufian tu kan tak makan saman dan dia akan buat apa je yang dirasakannya nak buat. 😀

Ciri-ciri MPV terbaru : Proton Exora Bold!

Hehe..hehe… Aku gelak jugalah tengokkan cara-cara Sufian nak dapatkan hati Ana. Ana tak dapat nak maafkan Sufian sebab Sufian dah menodainya, yang seterusnya menyebabkan dia terpaksa kahwin dengan Sufian. Tapi Sufian sabar je dan tak pernah memaksa Ana.

Akhirnya, terpaksalah Sufian menggunakan taktik kotor sekali lagi untuk menggugat perasaan Ana. Payah juga dia nak sedarkan Ana yang Ana sebenarnya juga memerlukan Sufian. Apapun Sufian ni memang macam-macam idea lah yang dia ada. 😀

Tapi aku boleh budget lah, Sufian ni mesti dia tipu je Ana tu. Hehe… kesian Ana tertipu. Kalut juga Ana dibuatnya. Kelakar pun ada gelagat Ana bila dipermainkan Sufian. Haha…

Memang terbaiklah si Sufian ni. 😀 Tapi aku nak tahu juga macam mana ending drama Gemersik Kalbu ni sebab watak Hisham memang jauh bebenor bezanya dengan watak Hisham dalam novel.

Habis baca novel Gemersik Kalbu ni, boleh lah pula aku baca novel Sayangku Casper. 😀

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

NOVEL GEMERSIK KALBU ANIS AYUNI (REVIEW)

SINOPSIS NOVEL GEMERSIK KALBU ANIS AYUNI

novel gemersik kalbu anis ayuni

Novel Gemersik Kalbu Anis Ayuni

SINOPSIS NOVEL GEMERSIK KALBU

Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja . Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu.

Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas! Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Novel ini telah diadaptasi dan drama Gemersik Kalbu bakal ditayangkan bermula 26 Disember 2011. Jom baca Sinopsis dan Pelakon Drama Gemersik Kalbu.

p/s: Baru habis baca novel ni minggu lepas. Jom baca review aku tentang novel Gemersik Kalbu ni. 😀

Kongsi sinopsis Novel Gemersik Kalbu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

error: Content is protected !!