REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18-55mm PINK
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada hari ke-2, selepas melakukan aktiviti Lawatan Air Surut, aku menerima kamera DSLR Kr + 18-55mm yang berwarna merah jambu terang untuk digunakan sepanjang menjalankan aktiviti bersama My Selangor Story. Sebaik sahaja terpandang kamera ini, rakan-rakan blogger yang lain tertarik untuk membelek-belek kamera ini. Sudah tentulah kerana warnanya yang menyerlah iaitu pink terang.
Harga:
Kamera ini berharga RM2,399.00.
Sumber: Shashinki
Spesifikasi Pentax DSLR Kr + 18-55mm Pink:
Zoom lens, 18-55 mm, 12.4 megapixel, CMOS sensor, 3″ LCD with 921,000 dot untuk resolusi live view, 720p HD video, 11 poin AF, 6 FPS frame rate dan ISO 25,600
3 Warna Pilihan
Pentax K-r didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam, putih dan merah jambu.
Pandanganku sepanjang menggunakan kamera DSLR Kr + 18-55mm Pink ini.
1. Ringan
Ini merupakan kali pertama aku menggunakan DSLR kerana aku hanya ada sebiji kamera semi-pro. Kali pertama memandang DSLR ini, sudah pastinya warnanya yang pink terang itu yang mencuri tumpuan. Kemudian, apabila aku memegangnya, ternyata ianya ringan. Aku suka DSLR yang ringan kerana tanganku cepat lenguh jika memegang barang yang berat.
2. Mudah alih
Kamera ini juga mudah dibawa kemana-mana dan ianya didatangkan dengan beg yang juga menarik rekabentuknya. Kamera warna pink, beg pula warna merah. Tak ke memang meriah tu. Hehe.. 😀
3. Mudah untuk dikendalikan (mesra pengguna)
Sebagai amatur dalam menggunakan DSLR, aku berasa seronok kerana dapat mencuba kamera DSLR Kr + 18-55mm Pink jenama Pentax ini. Dengan gembiranya aku menggunakan kamera ini kerana memang dah lama teringin nak DSLR ni. Tapi tak mampu lagi nak beli. Huhu.. Walaupun tak pandai sangat menggunakannya, namun ramai rakan blogger yang sudi mengajar aku. Terima kasih kepada Hafiz kerana sudi menjawab macam-macam soalan dariku.
Kamera ini juga mudah untuk difahami fungsi-fungsinya. Setting-setting yang ada mudah untu diubah.
4. Sesuai untuk amatur dan professional
Kamera ini sesuai juga untuk amatur yang baru sahaj mahu berjinak-jinak dengan dunia fotografi kerana mempunyai fungsi auto mode. Namun begitu, bagi yang sudah pro, bolehlah menggunakan manual mode.
5. Sesuai untuk perempuan dan penggemar pink
Penggemar pink pastinya suka kamera berwarna pink ini dan biasanya perempuanlah sesuai untuk pink ni. 😀
Gambar-gambar yang terhasil:
Berikut adalah beberapa gambar yang terhasil menggunakan kamera Pentax DSLR Kr + 18-55mm Pink ini.
Gambar menggunakan auto mode:
Auto mode ketika menerima bayang-bayang dari cahaya matahari.
Auto mode, ISO 400
Antara gambar yang diambil pada waktu malam.
Gambar tulisan ini diambil dengan menggunakan fungsi macro pada keadaan gelap di Restoran The Mix.
Pada keadaan yang gelap, kamera ini masih mampu menangkap gambar yang sharp untuk imej yang sedang bergerak pantas.
Gambar menggunakan fungsi macro dan percubaan untuk kaburkan background.
Gambar menggunakan landskap:
Aku juga berpeluang merakam video menggunakan Pentax K-r DSLR ini. Video yang terhasil adalah bagus, terang dan jelas walaupun rakaman dilakukan pada persekitaran kurang cahaya dan warna lampu bertukar-tukar ketika penari menari.
Secara kesuluruhan, memang best menggunakan kamera ini. Pengguna kamera ini juga akan dengan mudahnya mencuri tumpuan orang ramai kerana warnanya yang pink menyerlah lain dari yang lain. 😀
Terima kasih kepada Pentax kerana memberiku peluang menggunakan DSLR buat pertama kalinya.
Entri berikutnya >> The Cube, Penghubung Media Sosial Anda <<
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011: