PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
Rujukan Lengkap Exam S29 Ada Di Sini. Klik Sini
MAKLUMAT JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian / Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
TUGAS PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
JADUAL GAJI PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT :
SYARAT LANTIKAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
- Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
JADUAL PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
SPA telah memanggil calon-calon untuk menduduki Peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat pada 15 September 2012.
>> Contoh soalan dan jawapan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat <<
Lebih banyak contoh soalan dan jawapan peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat untuk semua seksyen boleh didapati di SINI.
Like FB spakerjaya.com untuk mendapatkan update terkini tentang peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. 😀 Tekan butang like / share di bawah untuk kongsi maklumat mengenai Pegawai Pembangunan Masyarakat ini dengan rakan-rakan anda di FB