KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH
KAHWIN OH!! KAHWIN: CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH
Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/8/2011
Tempoh : 3 bulan
PERINGATAN: Anda Yang TidakKahwinPun Boleh Join!! Just Write it out…
5 Kategori Hadiah “Kontest Kahwin Oh!! Kahwin”
- Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di + 3 keping !!
- Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
- Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
- Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
- Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.
Keseluruhan Hadiah Dianggarkan Bernilai RM700 dan InsyaAllah terus meningkat!! Info lanjut, layari Blog Ar-rifke
********************************************************************************************************************
KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH
Membina istana cinta tidaklah mudah seperti yang disangka, ibarat langit yang tidak sentiasa cerah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Setelah hati terpaut dan cinta bersemi, si Adam dan Hawa akan mula bersedia untuk mendirikan masjid indah bersama.
Bagi pasangan yang sedang dalam perjalanan untuk melangkah ke alam perkahwinan, pelbagai persiapan harus dibuat untuk menjayakan majlis perkahwinan, dan pastinya sibuk mencari iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan. Kadang-kala, membuat persiapan majlis perkahwinan akan memberi rasa tertekan kepada bakal pengantin. Yang pastinya, bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam melangsungkan majlis perkahwinan adalah jauh lebih baik.
Melangsungkan ijab dan kabul adalah sunnah Rasulullah. Alam perkahwinan boleh menjadi indah membahagiakan dan juga boleh menjadi sebaliknya. Dalam sesuatu perkahwinan, tak semuanya manis dan tak semuanya pahit. Pertengkaran dan perselisihan faham adalah asam garam dalam alam perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Dalam menyelusuri alam perkahwinan, suami dan isteri adalah dua insan yang berlainan karektor dan ideologi. Kemesraan adalah antara cara untuk mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga. Pasti ada rahsia dan panduan untuk membina alam perkahwinan yang bahagia. Alam perkahwinan yang indah, pastinya menjadi dambaan setiap insan.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberikan contoh yang terbaik untuk umatnya melayari alam perkahwinan. Baginda terkenal sebagai seorang suami yang santun, penyayang, adil lagi saksama. Berikut adalah perlakuan Rasulullah s.a.w. yang patut dicontohi dalam menjalinkan kemesraan dengan pasanganya dan boleh juga dijadikan ilmu sebagai persediaan perkahwinan oleh bakal pengantin, juga sebagai amalan kepada mereka yang sedang menerokai alam perkahwinan.
TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
Dari Atha’ bin Yasar:
“Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”. Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku”. Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda”.
(Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)
MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT
Aisyah berkata, “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
MEMBELAI ISTERI
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama, sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
MANDI BERSAMA ISTERI
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)”.
(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
DISIKATKAN OLEH ISTERI
Dari Aisyah r.a. beliau berkata. “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu aku sedang haid.”
(Hadis riwayat Ahmad)
MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari raya Aidil Adha setelah beliau melakukan jumrah awabah”.
(Hadis riwayat Ibnu ‘Asakir)
MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA
Daripada Aisyah r.a., dia bertkata “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya”.
(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
BERBARING DI PANGKUAN ISTERI
Dari Aisyah r.a., beliau berkata: “Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-Quran”.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)
MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira (pipi merah delima).
MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu”.
(Hadis riwayat Tirimizi)
Demikianlah contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menempuh alam perkahwinan. Sifat kesabaran yang tinggi dan tidak cepat melatah dalam kehidupan rumahtangga adalah antara aset yang perlu ada pada setiap pasangan demi membina keluarga bahagia dan rasa cinta terhadap pasangan.
“Hai orang-orang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi wanita dengan cara paksaan dan janganlah kamu menyusahkan mereka. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(An-Nisa Ayat 19)
Hadis-hadis diambil dari Pengantin.
Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.