RUMAH PANJANG AWANA DAN MAKAN SEAFOOD SEGAR DI PASAR IKAN BAKAR

RUMAH PANJANG AWANA DAN MAKAN SEAFOOD SEGAR DI PASAR IKAN BAKAR

DI malam hari, kami menginap di Rumah Panjang Awana. Sebelum My Selangor Story Tour ni start, aku ingatkan Dapat tidur hotel best-best kat Awana Genting Highlands ni, rupanya tidur kat rumah panjang. Huhu..tipah tertipu. Tapi takpe, aku OK je, sebab ni kira first time juga aku tidur kat rumah panjang. So, tak payah pergi Sarawak untuk tengok rumah panjang. Kat Awana Genting Highlands pun ada. 😀

Pandangan rumah panjang Awana dari luar. Kredit foto: Nigel Low

Harga sewa rumah panjang Awana:
RM1, 400 (1 malam) untuk 40 orang dan kebawah.
RM35 (1 orang) untuk 41 orang ke atas.

Ok, bilik-bilik kat rumah panjang ni ada pintu. Mula-mula tengok dari bawah, kami ingatkan rumah panjang ni takde pintu, dah suspense dah. Dalam kepala dah siap plan agar tak payah tidur malam ni kalau takde pintu. Tapi rupa-rupanya ada pintu. Automatik bibir ni mengukir senyuman manis. 😀 Selamat!.

Keadaan rumah panjang Awana (kawasan luar bilik).

Dalam rumah ni ada 6 bilik, termasuk 1 bilik stor. Ni keadaan dalam bilik. Terdapat beberapa tilam dibentangkan berderet-deret dengan beralaskan cadar putih.

Malamnya, kami makan di Pasar Ikan Bakar. Wow! Dari luar pun dah nampak menarik.

Bila dah masuk dalam, memang cantik menarik tertarik. Memang da bom!.

Terlebih dahulu, Amelia memberikan ucapan penghargaan kepada pihak Awana Genting kerana menyediakan kami makan malam yang memang superb!. Kemudian, En. Christopher Eric Ruxton, Penolong Pengurus Eksekutif Awana Genting Highlands Golf And Country Resort pula memberikan ucapan.

Kredit foto: Tian Chad

Di sini terdapat perlabagi pilihan seafood yang segar-segar kesemuanya.

Kesemua makanan di sini dimasak dan dihidangkan terus kepada para tetamu.

Makanan yang sememangnya menyelerakan. Mmmm…nyummy-nyummy!. Kat sini macam-macam ada. Pelbagai jenis sambal, orange tangerine dressing dan italian dressing pun ada.

Suasana makan malam tidak dibiarkan sunyi kerana kami dihiburkan oleh Mercy Akoustika Band yang sememangnya mendendangkan lagu yang sedap untuk didengari. Salah seorang peserta MSS siap kata nak beli album mereka. Hehe… tapi memang sedap pun suara penyanyi ni.

Ketika kami sedang makan, tiba-tiba, Mr. Christopher dan En. Zul datang memberikan kami goody beg yang mengandungi sehelai tshirt Awana Genting Highlands dan juga beberapa keping risalah berkaitan Awana Genting Highlands Golf And Country Resort.

Kredit gambar: Tian Chad

Ms. Amelia Tan juga turut menyumbangkan suaranya untuk kami. Ada bakat menyanyi juga rupanya mama Amelia kami ni. 😀

Amelia Tan menyanyi penuh perasaan. Kredit foto: Nigel

Pasar Ikan Bakar ini beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 5 petang – 11 malam. Untuk tempahan, boleh hubungi 03-61013015 sambungan 53020 atau 7605 ( 9 pagi – 5 petang ).

Selapas makan, kami menjalankan aktiviti seterusnya, iaitu >> BLIND TRAIL <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Hari ke-3 (hari terakhir kami di Golden Palm Tree Iconic Resort And Spa), selepas bersarapan di Restoran Bila Bila, kami pulang ke bilik masing-masing untuk mengemas barang. Destinasi kami berikutnya ialah Awana Genting Highlands Golf And Country Resort.

Semua peserta berkumpul di lobi pada jam 11.30 pagi untuk proses pemulangan kunci. Seperti biasa, kami bergambar beramai-ramai di hadapan lobi resort sebelum bergerak keluar dari resort untuk makan tengahari di gerai yang berdekatan. Kami makan mee mamak.

Selepas makan, kami bertolak ke Awana. Ketibaan kami agak lewat sedikit kerana kesesakan jalan raya. Ketibaan kami disambut meriah dengan bunga manggar.

Kami kemudian ke Lobby Lounge untuk majlis perasmian dan taklimat aktiviti yang akan dijalankan. Setibanya di Lobby Lounge, kami dihidangkan dengan jus cherry sebagai welcome drink.

Di dinding, terbentang banner mengalu-alukan kedatangan kami, para peserta My Selangor Story Contest 2011.

Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Syahrul Zuhara ( Pengurus PR ) dan diikuti dengan ucapan dari Dato’ Anthony Yeo (Senior VC – Hubungan Awam dan Komunikasi). Menurut Dato’, Awana Genting Highlands merupakan antara tempat tumpuan untuk Eco-tourism negeri Selangor. Menurut beliau juga, 20% dari Genting Hinglands terletak di kawasan Selangor dan selebihnya ialah Pahang.

Selepas ucapan dari Dato’ Yeo dan YB Elizabeth Wong, kami bergambar beramai-ramai di hadapan banner yang ada di sini.

Makan petang kami kali ini sedikit ringan kerana selepas ini kami perlu melakukan aktiviti fizikal. So, tak boleh makan berat-berat.

Selesai makan dan melihat video slideshow yang disediakan oleh pihak Awana untuk overview tentang aktiviti yang bakal dijalankan, kami bergambar beramai-ramai sekali lagi di hadapan banner My Selangor Story yang terdapat di luar lobby lounge ( Hehe..gambar lagi!. Asyik bergambar je kerjanya. Anyway, semua orang pun suka bergambar. Senyum je 😀 )

Saat untuk bersantai sudah semakin ke penghujungnya. Kami kemudian di bawa ke satu bilik untuk taklimat mengenai aktiviti mencabar sebentar lagi. Euuwww…macam scary je bila En. Najib Ariffin (Ketua Unit Fun & Adventure) ni terangkan kepada kami apa yang bakal kami hadapi.

Ni pula En. Zul, instructor kami untuk aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kami di Awana Genting Highland Golf and Country Resort ini.

Selepas mendengar briefing yang menakutkan ni, kami mula bergerak keluar dari resort mendaki bukit untuk ke tempat abseiling.

Top 24 blogger gigih mendaki gunung menuju ke tempat untuk abseiling. Kredit foto: TianChad dan Feeq.

Kami akhirnya tiba di destinasi yang dituju. Perlatan untuk abseiling dah tersedia di hadapan mata dengan platform abseiling yang berkecerunan 45 darjah, dan berketinggian 7 kaki tersergam gah di hadapan mata kami.

Aku teruja sebenarnya nak melakukan aktiviti abseiling ni, kerana ni lah pertama kali aku melakukannya. Memang banyak pengalaman pertamaku sepanjang bersama MSS ni. Setelah mendengar sedikit taklimat dan pringatan dari Encik Zul, instructor kami, kami diarahkan untuk memakai harness, topi keledar dan sarung tangan untuk tujuan keselamatan. Masih ku ingat lagi, ketika En. Zul memakaikan harness di pinggangku, beliau mengucapkan ayat ini “Too slim. Terlebih diet ni”. Alamak!, segan aku bila lelaki cakap macam tu kat aku!. Dia cakap macam tu sebab dah banyak kali dia tarik tali harness tu, tapi still lagi longgar dipinggangku, sehingga akhirnya talipinggang harness tu terpaksa dilipat ke belakang.

Kami melakukan aktiviti abseiling ini dengan dua cara, iaitu secara ke membelakang (backward) dan juga secara menghadap ke hadapan (forward). Mula-mula nak turun tu cuak juga lah. Tapi lepas dah tahu tekniknya, oh..easy peasy. Laju je aku turun ke bawah. Best. seronok! Seronok!.

Setelah masing-masing berjaya melawan rasa takut (selesai menjalankan aktiviti), semua blogger kelihatan ceria. Lalu terhasillah gambar group yang terlebih bersemangat ni. Paling semangat menjerit En. Zul lah, barisan depan kat tengah-tengah tu (bukan yang meniarap tu eh). Dia lah yang menjerit paling kuat ketika proses pengambaran ini dilakukan. Dalam hati aku “semangat betul!”. Hehe.. Jangan marah, En. Zul, marah nanti kena jual. 😀

Untuk pengetahuan, aktiviti outdoor abseiling ini berharga RM 30 (untuk dewasa/seorang) dan RM 20 (untuk kanak-kanak/seorang).

Kemudian kami turun semula, menuju ke tempat penginapan kami. Penginapan kami pada malam ini bukanlah di hotel mahupun resort 5 bintang, tapi sebaliknya di Rumah Panjang Sarawak. Kisah rumah panjang dan aktiviti kami pada malam hari akan diceritakan kemudian di entri berikutnya. >> BERMALAM DI RUMAH PANJANG AWANA & MAKAN SEAFOOD SEDAP DI PASAR IKAN BAKAR <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
error: Content is protected !!