RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKON

RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKON

Runtun Qalbu tv3 slot Zehra ganti Naziha

Runtun Qalbu TV3 Slot Zehra

RUNTUN QALBU TV3| Runtun Qalbu akan menggantikan drama Naziha yang telah menyebabkan ramai orang rasa geram tengok cerita tu. Geram-geram pun tapi tetap nak tengok juga cerita Naziha tu kan. 😀 Sampai ada yang benci sangat dekat Erry Putra dek penangan watak Farok yang dibawa. Sampai ada yang menyumpah, lepas ni kalau Erry Putra berlakon watak apa pun, dia tetap akan benci Farouk. Haha… Kalau dah sampai macam tu sekali emosi penonton, maksudnya Erry Putra berjaya lah bawa watak jahat dalam drama Naziha tu. Kan..kan…kan… Ok, aku pun menyampah juga dekat si Farouk tu sebenarnya. Hehe..

Ok, apa pun, tu Naziha punya cerita. Lepas ni Qalbu punya cerita pula. Tajuk pun dah Runtun Qalbu, kan. So, Qalbu lah punya cerita. 😀 Mulai 21 September, drama Qalbu akan ditayangkan di Slot Zehra, setiap Jumaat 9 malam.

Awal Ashaari vs Scha Al-Yahya. Siapa menang?

PELAKON RUNTUN QALBU

Kamal Adli (Qalbu)

Fasha Sandha (Idayu)

Fida Ibrahim (Ustazah Fatihah)

Shah Iskandar (Kelabu)

SINOPSIS RUNTUN QALBU

Runtun Qalbu mengisahkan kisah Qalbu, seorang lelaki yang luarannya berpakaian serba putih dan kerjanya menjaga bilik mayat. Tanpa banyak bicara dan lebih gemar merenung, Qalbu sebenarnya punya seribu satu kisahnya sebelum itu, namun tiada siapa mampu merungkai. Qalbu melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada masa yang sama, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada disebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan Ustazah Fatihah, seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji. Itulah minat Qalbu namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

RM48 for 400 minutes, 200 SMS setiap bulan.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

Menurut pengarahnya, Khalid, apa yang disangkakan penonton adalah tidak sama sekali dengan apa yang akan dipersembahkan nanti. Oleh itu, aku rasa macam nak tengok je drama Runtun Qalbu ni. Hehe… macam biasa, aku akan tengok drama Runtun Qalbu ni secara online ataupun download dulu kemudian tengok. Bergantung kepada keadaan semasa. Kot kalau aku rajin nak hadap tv dekat bilik tv, baru lah aku tengok live. Drama Adam dan Hawa yang sedang hangat dipasaran pun aku layan online je. hehe… malas nak download. Kat kampung ni Streamyx laju. Senang nak layan drama online. 😀

p/s: Apa yang anda akan buat jika ini berlaku pada kereta anda?

Sumber: myMetro. Eh eh.. Ada ke orang masak rendang guna pes tom yam?

Kongsi Sinopsis Runtun Qalbu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like/share ini.

error: Content is protected !!