by syaisya | Oct 8, 2011 | Contest, Jalan-jalan, My Selangor Story
Hari ke2, pagi-pagi sesudah subuh, aku pergi ke hadapan Restoran Bila Bila untuk menikmati panorama matahari terbit. Inilah kali pertama aku dapat melihat matahari terbit dengan jelas sekali. Kelihatan jelas bagaikan bebola api melompat naik di kaki langit. Sebelum-sebelum ini, penat tunggu matahari, tapi tak nampak dengan jelas. Sememangnya My Selangor Story 2011 ini banyak memberikan pengalaman pertama untukku. I like! 😀
Kemudian, aku bersarapan di Restoran Bila Bila yang kedudukannya berdekatan dengan villa tempat tinggal kami. Ini adalah Restoran Bila Bila jika dipandang dari luar.
Pemandangan dalam restoran yang cantik dan menenangkan. Suasana yang amat selesa untuk menjamu selera.
Ada kolam renang di tepi restoran ni bagi yang suka berenang dan pandai berenang, yang pastinya!. Kalau tak pandai berenang lebih baik jangan terjun dalam kolam ni. Tiada pelampung disediakan. Hehe 😀
Selepas bersarapan, kami bergerak ke Pantai Bagan Lalang untuk aktiviti sukan air. Ni yang best ni!. Enjoy and fun!. 😀
Sebelum melakukan sebarang aktiviti, setiap peserta diminta untuk mendaftar dengan menulis nama di buku log dan menyarung jaket keselamatan terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.
Aktiviti pertama yang aku lakukan ialah sailing. Untuk sailing, pelatih di sini yang mengemudikan kapal layar. Kami hanya duduk sahaja dalam kapal ini dan belajar cara-cara untuk mengemudikan kapal layar ini. Satu kapal hanya boleh dinaiki oleh 3 orang sahaja termasuk pelatih. Untuk aktiviti ini, aku lakukan bersama Jard.
Dwi Andi dan Hijrah kelihatan begitu gembira melakukan aktiviti sailing. Kredit foto:Hanis
Kemudian, aku dan Jard berkayak. Sebelum kami berkayak sesuka hati, beach boy di sini memberikan tunjuk ajar cara untuk berkayak. Pengalaman pertama juga aku berkayak, walaupun di universiti ada Kelab Kayak ni, tapi aku tak pernah join. Huhu…Terima kasih MSS 2011 dan semua penganjur dan sponsor. Kerana anda, semua aktiviti sukan air ni dapatku lakukan.
Aku, Jard dan beberapa blogger MSS 2011 seronok berkayak. Kredit gambar: Hanis, Tian Chad & Shaleh Drehem.
Tak tahu berenang dan takut air?. Tak perlu risau kerana ada beach boy yang menjaga keselamatan anda dan akan datang untuk menyelamatkan. Keselematan pengunjung menjadi aspek utama kepada Smiley Beach. Aku sendiri pun tak pandai berenang, tapi tetap teruja untuk melakukan aktiviti sukan air ni semua.
Mereka menjaga keselamatan anda. Boleh jadi Baywatch versi Malaysia ni. Hehe 😀 Gambar kredit: Tian Chad
Salah seorang peserta MSS 2011, Pamela sedang bermain Windsurfing. Kredit foto: mohdzaid
Pantai Bagan Lalang menyediakan beberapa aktiviti sukan air seperti kayak, sailing, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sailing, bocce ball, bola sepak pantai, sepak takraw dan bola tampar pantai. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Setelah bermain bersama pantai dan ombak, beberapa blogger mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar pantai.
Foto kredit: Feeq
Setelah puas bermain, kami kembali ke bilik kediaman masing-masing sebelum makan tengahari di Restoran Bila Bila. Aktiviti seterusnya ialah berbasikal mengelilingi kawasan kampung. Bersambung di entri berikut >> Aktiviti berbasikal dan lawatan air surut (Low Tide Tour) <<
Golden Palm Tree Iconic Resort Dan Spa ini terletak di Kampung Sungai Pelek, Bagan Lalang.
Berminat untuk ke sini?. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Golden Palm Tree Resort & Spa Sdn Bhd (637783-W)
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Tel: +603 3182 3600
Fax: +603 3182 3700
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:
by syaisya | Oct 8, 2011 | Contest, Jalan-jalan, My Selangor Story
Malam pertama, kami menjamu selera di Restoran Sepoi Sepoi. Teringat perkataan yang selalu diucapkan “Sepoi-sepoi bahasa”, “angin bertiup sepoi-sepoi”. :D. Restoran ini beroperasi mulai 10.00 pagi sehingga 10.30 malam pada hari Isnin-Jumaat. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, dibuka mulai 9.00 pagi sehingga 10.30 malam.
Ketika menunggu makanan sampai (perlu order makanan mengikut citarasa sendiri – A la Carte), Amelia Tan memberikan sim kad data dari The Cube (Celcom) agar kami boleh twit apa yang sedang kami lakukan sepanjang menjalankan aktiviti.
Setiap starter pack didatangkan dengan RM5 kredit. Kami diberitahu yang kami akan diberikan kredit RM30 keesokan hari, tetapi akhirnya kami dapat top up RM50 seorang. Hoorey! Terima kasih, The Cube! kerana menghubungkan kami dengan dunia luar sepanjang kami di pantai dan keluar masuk hutan.
Setelah menjamu selera, aku, Bella dan Fie mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja untuk ke bilik kami. Walaupun ada buggy untuk menghantar kami ke bilik, tapi kami saja je nak exercise. Di resort ini, buggy disediakan sebagai pengangkutan utama untuk ke bilik penginapan dan ke lobi kerana jaraknya yang jauh.
Kami yang konon-kononya nak exercise ni berasa penat berjalan kaki. Baru kami sedar yang jaraknya memang jauh. Sebelum berjalan, pekerja resort sudah beritahu jauh, tapi nak adventure kan, so jalan kaki lah. Tapi best juga, baru ada feel, menghirup udara segar di malam hari. 😀
Bella dan Fie sedang berjalan sambil borak-borak 😀
Akhirnya, kami tiba di bilik. Bilik aku bernombor 508. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bilik, waah! Teruja dengan suasa dan interior bilik yang cantik dan kelihatan esklusif. Resort 5 bintang lah katakan. 😀
Bilik ini dikenali sebagai Canary Palm Villa, berkeluasan 82 sentimeter persegi. Terdapat 2 buah bilik, 1 bilik ada 2 single bed, manakala bilik lagi 1 ada 1 katil queen size. Inilah bilikku.
Design toilet juga tidak sama untuk setiap bilik. Toilet dalam bilikku mempunyai bahagian shower yang dipisahkan oleh dinding kaca. Dalam toilet ni juga mempunyai hair dryer. Kedua-dua ciri ini tiada dalam toilet di bilik lagi 1. Toilet bilik satu lagi pun lebih kecil dari ni.
Bath gel, syampu dan losyen di sini berunsurkan serai. Tapi aku lebih suka mandi menggunakan sabun di sini, kerana apabila menggunakan bath gel serai ini, terasa seperti badanku masih lagi licin walaupun dah bilas beberapa kali. Tapi ada juga orang yang suka pakai bath gel serai ni. Citarasa masing-masinglah, kan 😀
Jika dilihat dari udara, resort ini berbentuk seperti pokok kelapa sawit. Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa ini merupakan resort pertama di dunia yang eco-friendly, juga merupakan pemenang Anugerah Harta 2 CNBC Asia Pasifik 2008 dan Anugerah Hiasan Dalaman Terbaik 2008.
Gambar pandangan dari udara ini diambil dari website Golden Palm Tree Iconic Resort Dan Spa.
Resort ini terletak di Kampung Sungai Pelek, Bagan Lalang.
Peta lokasi Golden Palm Tree Iconic Resort Dan Spa.
Untuk ke sini, jika menggunakan jalan darat, perjalanan mengambil masa:
15 minit memandu dari Sungai Pelek
35 minit memandu dari Sepang International F1 Circuit
41 minit memandu dari Sepang
41 minit memandu dari Low Cost Carrier Terminal (LCCT)
43 minit memandu dari Morib
46 minit memandu dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
47 minit memandu dari Port Dickson
57 minit memandu dari Banting
62 minit memandu dari Cyberjaya
64 minit memandu dari Putrajaya
85 minit memandu dari Kuala Lumpur
Oleh kerana dah penat, kerana perjalananku bermula sejak 6.20 pagi lagi, maka tidurku benar-benar lena dengan tilam dan bantal yang empuk, ditambah pula dengan suasana bilik yang romatik dan ekslusif.
Teruskan membaca pengalamanku sepanjang bersama My Selangor Story 2011 Blogger Competition untuk aktiviti keesokan harinya >> Sukan Air di Pantai Smiley <<.
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011: