SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
Rujukan Lengkap Exam S29 Ada Di Sini. Klik Sini
Baru-baru ini SPA ada memanggil calon-calon untuk menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 pada Jun ini. Sebagai rujukan para calon, berikut ada beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang diambil dari laman web SPA.
CONTOH SOALAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT PENGETAHUAN AM
(SEKSYEN A)
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30
1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali
A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan Sosial.
Jawapan : B
2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN. Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah
I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan : D
Lebih banyak contoh soalan dan jawapan pengetahuan am boleh didapati di >> SINI <<.
CONTOH SOALAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (SEKSYEN B)
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30
1. 30, 32, 36 , X , 60, 92
Apakah X?
A 38
B 40
C 44
D 48
Jawapan : C
Lebih banyak contoh soalan dan jawapan matematik boleh didapati di >> SINI <<.
CONTOH SOALAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ESEI BAHASA MELAYU (SEKSYEN C)
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia. Bincangkan.
2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.
Lebih banyak contoh soalan dan jawapan esei BM boleh didapati di >> SINI. <<
CONTOH SOALAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ESEI BAHASA INGGERIS (SEKSYEN D)
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.
2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face-to-face contact for its main means of communication?
Lebih banyak contoh soalan dan jawapan esei BI boleh didapati di >> SINI. <<
Tahukah anda bidang tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat?.
Lebih banyak contoh soalan peperiksaa dan jawapan pegawai pembangunan masyarakat boleh didapati di >> SINI. <<
Good luck kepada semua calon peperiksaan Pegawai Pegawai Pembangunan Masyarakat yang akan diadakan pada Jun ini.
Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like/share ini.