by syaisya | Oct 4, 2014 | Penguasa Kastam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA, Temuduga
Jadual Temuduga Penguasa Kastam 2014
Jadual Temuduga Penguasa Kastam telah diumumkan oleh pihak SPA dalam web rasminya di spa.gov.my.
Cara Semak Jadual Temuduga Penguasa Kastam W41 2014
Calon-calon Penguasa Kastam yang telah lulus dalam peperiksaan online Penguasa Kastam W41 bulan lepas boleh mula membuat semakan tarikh temuduga anda dengan klik pada pautan di bawah :
->> Semak Tarikh Temuduga Penguasa Kastam W41
Seperti yang tertera dalam laman web SPA, temuduga Penguasa Kastam akan dijalankan dari 07 Oktober 2014 – 27 Oktober 2014.
Sila semak jadual temuduga anda dengan teliti. Semak tarikh, tempat dan juga dokumen-dokumen yang anda perlu bawa ke sesi temuduga.
PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA
Berikut adalah 10 Persediaan Sebelum Temuduga yang anda perlu lakukan dengan penuh disiplin bagi memastikan anda mendapat kecemerlangan dalam penilaian temuduga.
1. Selidik seberapa banyak yang anda boleh dapat tentang jawatan Penguasa Kastam.
2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi profession yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.
3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu profession yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
>> Baca Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 di SINI <<
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT!
5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan. Anda boleh rujuk cara berpakaian ke temuduga yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA DI SINI.
6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat. Bagi perempuan pemakaian adalah sopan dan tidak menjolok mata. Kasut anda juga hendaklah bersih dan kemas.
7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu.
8. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, sijil diploma atau ijazah, master, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung. Pastikan semua dokumen yang perlu dibawa telah disahkan.
9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
10. Sediakan nama dan lain butiran mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.
Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga kita juga bukan sahaja mempraktikkan apa yang telah diterangkan di atas, malah kita juga hendaklah membuat persiapan rohani dan mental terutamanya.
[bannerbox id=7]
Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, share artikel ini di Facebook dan Twitter. Secara tak langsung anda dapat membantu rakan-rakan anda yang lain yang akan menghadiri temuduga Penguasa Kastam ini atau mana-mana temuduga kerja kerajaan :).
by syaisya | Sep 13, 2014 | Kerja Kerajaan, Kerjaya, Penguasa Kastam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA, Temuduga
Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41
Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari dan mengumpul soalan temuduga Penguasa Kastam, hari ini, saya diizinkan Allah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan yang saya miliki ini kepada pembaca blog syaisya.com yang bakal menjalani temuduga Penguasa Kastam tidak lama lagi.
Soalan-soalan temuduga Penguasa Kastam ini saya perolehi daripada mereka yang telah menjalani temuduga Penguasa Kastam. Saya kumpulkan soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan saya kongsikan dalam artikel ini.
Harapan saya agar artikel yang mengandungi Soalan Temuduga Penguasa Kastam ini dapat membantu dan memudahkan ramai calon membuat persediaan untuk Temuduga Penguasa Kastam nanti. 😀
Koleksi Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 Yang Pernah ditanya
Untuk pengetahuan anda, ada 2 orang panel penemuduga yang akan menemuduga anda untuk jawatan Penguasa Kastam ini.
Seorang panel dari SPA dan seorang lagi dari KDRM (Kastam Diraja Malaysia).
Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Jawatan Penguasa Kastam
Berikut adalah soalan-soalan berkaitan jawatan Penguasa Kastam yang ditanya kepada calon temuduga :
- Tugas – tugas Penguasa Kastam
- GST (Government Service Tax)
- Current SST
- GTP
- NKRA
- Siapakah Ketua Pengarah Kastam
- Siapa mantan Ketua Pengarah Kastam
- Cukai perkhidmatan (syarat-syarat)
- Cukai jualan
- Bahagian-bahagian dalam KDRM (Kastam Diraja Malaysia)
Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Diri Anda
- Perkenalkan diri (Ceritakan serba sedikit tentang diri anda)
- Kelulusan anda dan jawatan sekarang
- What you can do if you get this job
- Persediaan yang dilakukan sebelum temuduga Penguasa Kastam
Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Isu Semasa
- Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?
- Satu soalan mengenai isu semasa terkini
- dan sedikit soalan yang menguji mentaliti calon
Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Pernah Bekerja
Untuk calon yang mempunyai pengalaman berkerja (bukan fresh graduate), tetapi tak pernah bekerja di sektor awam, berikut adalah soalan yang pernah ditanya oleh panel penemuduga :
- Kerja-kerja anda sekarang
- Kenapa minat nak jadi penguasa kastam
- Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh bidang pengajian anda untuk kastam
Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Sedang Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan
Untuk pengetahuan anda, lain cara temuduga untuk calon yang fresh (baru nak masuk kerja kerajaan) dengan calon yang dah lama berkkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Menurut pengalaman temuduga dari seorang calon yang telah 8 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, ketika temuduga Penguasa Kastam W41, banyak soalan-soalan temuduga yang ditanya berkaitan dengan kerja-kerja beliau sekarang. Soalan-soalan ini ditanya oleh Panel Penemuduga wakil SPA.
Antara soalan yang ditanya ialah :
- Soalan mengenai pekeliling-pekeliling lapuk di mana ketika itu calon pun belum lahir lagi
- Soalan tentang perintah-perintah am, akujanji, perlembagaan, nilai dan etika / peraturan-peraturan pegawai awam
- Soalan mengenai SBPA yang tak jadi
- Ada juga soalan mengenai kenaikan / pelarasan gaji untuk jusa-jusa
Ada tak Ditanya Soalan Provokasi Dalam Temuduga Penguasa Kastam?
Berdasarkan hasil pembacaan saya, ada calon yang ditanya soalan berbentuk provokasi, namun ada juga calon yang tidak diajukan soalan tersebut.
Secara asasnya, tujuan soalan provokasi ini adalah panel penemuduga mahu lihat adakah anda jenis yang mudah goyah atau memang anda ada pendirian yang tetap terhadap isu yang dibangkitkan.
Contoh Soalan Provokasi Temuduga Kerja Kerajaan
Ini adalah antara soalan provokasi yang pernah ditanya kepada calon :
- Kelulusan yang anda perolehi ini tak sesuai untuk jawatan yang anda pohon!
Tip Jawab Soalan Provokasi
- Teruskan bertenang dan jangan jadi seperti lalang
- Tetap dengan pendirian anda tentang isu yang dibangkitkan
- Tiada jawapan betul atau salah bagi isu yang diutarakan
- Cumanya anda perlu kekal mempertahankan pendirian anda
- Jangan tiggikan suara walaupun anda rasa tak puas hati atau rasa panas hati di’provoke’
- Kekal bertenang dan jawab dengan senyuman, ya 😀
5 Tips Ringkas LULUS Temuduga Kerja Kerajaan
- Sebelum temuduga, pastikan anda membaca surat khabar tentang isu semasa yang berlaku 2 hari sebelum temuduga dan hari ketika temuduga, kerana ada soalan isu semasa terkini yang akan ditanya
- Ketika temuduga, yang penting confident je. Sentiasa yakin dengan diri anda!
- Senyum ketika menjawab soalan. Senyum adalah sedekah. Selain dari itu, senyum boleh menyebabkan anda rasa tenang dan yakin!
- Fikir dahulu sebelum menjawab soalan. Jangan terburu-buru menjawab
- InsyaALLAH yang lain mintak ALLAH mudahkan. Usaha yang terbaik!. Keputusan dan rezeki anda, Allah yang tentukan. 🙂
PANDUAN LENGKAP RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Selain dari soalan-soalan yang saya kongsikan di atas, anda boleh mendapatkan 250 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan yang terkandung dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini.
Selain daripada 250 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan ini, anda juga akan didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Ianya amat bagus untuk anda baca. Calon-calon temuduga yang telah mendapatkan panduan ini mengatakan bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.
Tip temuduga yang berguna ~Sha
Saya membaca soalan-soalan yang ada dalam ebook ini berkali-kali. Seramai 2500 yang hadir temuduga, hanya 47 orang berjaya dan saya adalah salah seorang darinya ~ Pn. Ann Rohani
Wah!. Bestnya dapat jawat jawatan kerja kerajaan idaman ramai ni!. Anda juga boleh lulus temuduga dan menjawat jawatan kakitangan kerajaan seperti mereka. Tiada yang mustahil!.
Jika anda dipanggil untuk temuduga Penguasa Kastam, anda perlu bersaing dengan 30 ribu orang lagi calon yang turut dipanggil untuk temuduga untuk merebut 245 kekosongan jawatan (tidak termasuk calon simpanan).
Jika anda benar-benar serius untuk lulus temuduga dan dapat jawatan idaman anda, anda boleh mulakan persediaan untuk temuduga dengan mendapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini di SINI.
SAYA NAK PANDUAN LENGKAP LULUS TEMUDUGA KERAJAAN
Ok, sekian saja tips saya kali ini. Semoga beroleh kejayaan yang diimpikan. Aamiin.
InsyaAllah, saya akan kongsikan lebih banyak lagi Tip Temuduga Kerja Kerajaan dari semasa ke semasa. Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan Tip-tip dan info terkini mengenai Temuduga Kerja Kerajaan, masukkan nama dan emel anda dalam ruangan di bawah :
p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, klik Like dan share artikel ini di Facebook.Sharing is caring 😀