SINOPSIS KUNG FU PANDA 2

SINOPSIS KUNG FU PANDA 2

 

Masih ingat cerita Kung Fu Panda 1?. Ingat lagi dengan gelagat Po yang comel sewaktu mula-mula belajar kung fu dengan Master Shifu?. Comel sangat Po masa tu. Dia sendiri tak sedar yang dia hebat. Master Shifu yang menyedari kehebatan Po lalu mengajar Po kung fu dengan cara yang sangat comel iaitu dengan mengumpan makanan.

 

Dalam Kung Fu Panda 2, watak utama , Po, di lakonkan oleh Jack Black. Turut berlakon di dalam filem Kung Fu Panda 2 adalah Angelina Jolie (Master Tigress), Jackie Chan (Master Monkey), Lucy Liu (Master Viper), David Cross (Master Crane), Michelle Yeoh (SoothSayer), Jean-Claude Van Damme (Master Croc) dan Victor Garber (aster Thundering Rhino). Kung Fu Panda 2 mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada hari ini, 26 Mei 2011.

 

Jack Black sebagai Po

 

Dalam Kung Fu Panda 1, Po mengimpikan untuk menjadi pendekar sakti. Kini, Po benar-benar telah menjadi pendekar sakti dan melindungi keamanan kampungnya bersama 5 pendekar yang lain.

 

Tetapi, keamanan hidup Po diancam bahaya dengan kemunculan penyangak yang menakutkan yang merancang untuk menguasai China dan menghapuskan kung fu dengan senjata rahsia yang sangat berbahaya.

 

Untuk berhadapan dengan musuh baru ini, Po perlu meleraikan rahsia asal usulnya yang misteri untuknya memberinya kekuatan untuk berjaya.

 

Po dan 5 pendekar sakti ini mendapat bantuan dari The SoothSayer (Michelle Yeoh), Master Skunkman (James Woods), Master Croc (Jean-Claude Van Damme), dan Master Thundering Rhino (Victor Garber) untuk menewaskan musuh baru mereka.

 

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.
error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 24558398 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 3466