i-CITY SHAH ALAM – APA YANG MENARIK?

i-CITY SHAH ALAM – APA YANG MENARIK?

i-city shah alam selangor malaysia

i-City dari perkarangan luar tempat parking kereta

i-City merupakan destinasi terakhir yang aku kunjungi untuk tahun 2011. Aku rasa tahun 2011 lah yang paling banyak aku jalan-jalan mengunjungi tempat-tempat menarik di Selangor dan juga tempat menarik lain di Malaysia seperti Melaka dan lain-lain. i-City yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini juga merupakan tempat menarik di Selangor yang aku lawati selain dari tempat-tempat menarik yang lain sepanjang menjadi peserta MySelangorStory Contest.

Selalu aku tengok kat internet je gambar-gambar i-City ni. Tengok memang ler cantik membuatkan aku teruja nak pergi dan dah lama juga menyimpan hasrat untuk ke sini. Akhirnya. kawan aku mengajak aku ke sini.

Harga tiket masuk ke i-City Shah Alam:

6 pagi – 6 petang : RM 1.00 ( 1 kenderaan)

6 petang – 6 pagi : RM 10 ( 1 kenderaan)

Kalau pergi i-City ni pada tahun 2010, memang free je. Tapi sekarang dah kena bayar dah. huhu..

car park fee i-city shah alam

Car park i-City Shah Alam

Tempat parking yang disediakan memang luas. Dalam hati mula mencongak, kalau car park full, berapa agaknya kenderaan boleh dimuatkan dalam satu-satu masa?. Memang berkepoklah poket tauke i-City ni. Lumayan, lumayan. Hehe…

Apa yang ada di i-City?. Biarkan gambar-gambar pemandangan di i-City ni sahaja yang berbicara. Layan…zas!

gambar i-city shah alam malaysia

 

lampu di i-city shah alam selangor malaysia

 

i-city malaysia

 

old town white coffee i-city shah alam malaysia

old town white coffee

Apa yang menarik di i-City? Bagi aku, kalau nak rasa syok dan berbaloi datang ke i-City ni, haruslah menaiki cable car yang ada.

cable car di i-city shah alam

Cable car

Sebabnya, masa naik cable car ni, akan melalui satu bahagian di mana, kanan dan kiri kita ialah pokok yang berlampu. Sangat cantik pemandangan ni. Serius ni, memang cantik dan rasa waaahhhh! Cantiknya..! 😀 Barulah aku senyum dan rasa best. Kalau tak, aku dengan kawan aku rasa hambar je. Memang rasa nak naik lagi je cable car ni, sebab sekejap sangat tournya. Rasa tak puas.

paling cantik di i-city shah alam

Harga tiket cable car i-City Shah Alam:

RM 10 untuk 1 cable car dan 1 cable car maksimum 2 orang sahaja.

kaunter tiket cable car i-city shah alam

Kaunter tiket cable car i-City

Syarat-syarat menaiki cable car i-City Shah Alam:

syarat-syarat naik cable car i-City shah alam

Syarat-syarat menaiki cable car i-City, Shah Alam

Sila baca dengan teliti syarat-syarat untuk menaiki cable car di i-City Shah Alam ini, terutama sekali kepada ibu bapa yang membawa anak kecil, kerana ada had ketinggian untuk kanak-kanak yang mahu menaiki kereta ini.

Pastikan ketinggian anak anda melepasi syarat. Kalau yang dukung baby tu, memang tak payah lah susah-susah beli tiket dan beratur panjang untuk menaiki cable car ni, sebab bayi memang tak dibenarkan untuk menaiki cable car ini.

Masa aku nak naik cable car ni, beratur memanglah panjang. Makan masa sejam lebih juga beratur. Masa tu adalah kes 2 keluarga yang beratur dihadapanku, mereka tak dibenarkan membawa anak mereka menaiki kereta kabel ini, sebab kecil lagi. Ketinggian tak lepas.

beratur untuk naik cable car

beratur untuk naik cable car

So, berlakulah sedikit pertengkaran antara pengunjung dan pekerja di situ. Mestilah orang tak puas hati, dah beratur berjam-jam lepas tu tak boleh naik pula. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, adalah lebih baik kita membaca term and condition yang telah ditetapkan. Ianya ada dilekatkan di kaunter pembelian tiket dan juga di tepi tangga untuk menaiki ke bahagian cable car.

p/s: Tapi aku pun mula-mula takut juga naik kereta kabel ni. Huhu..rasa macam nak jatuh je, nak tangkap gambar pun rasa tak senang perut. Ngeh2..

beratur panjang nak naik cable car i-city

Fuuhhh..Q punyalah panjang

Oh ya, lagi satu, kalau tak nak beratur panjang sangat untuk naik kereta kabel ni, kenalah datang awal sikit, sebab, masa aku datang tu, awal pukul 8. Masa aku mula beratur, ada 2 barisan je, tapi, bila aku turun dari cable car, aku tengok dah jadi 3 barisan penuh. Fuuuhhhh! Pelik sungguh aku sebab sedangkan aku pergi hari Jumaat, malam Sabtu, dan hari Jumaat tu bukannya public holiday.

Tapi ramai betul manusia di i-City. Mungkin juga sebab time tu cuti sekolah dan kebetulan ada Karnival Sayangi Selangor. So, masa tu ada juga pancaragam dan konsert. Hehe.. Dengar suara orang nyanyi je, tapi aku tak pandang pun ke arah pentas, sebab tak pergi dekat dengan pentas. Pandang dari jauh, nampak orang kecil je kat atas pentas.

Apa ada di i-City Shah Alam?

1) Permainan untuk kanak-kanak:

Permainan untuk kanak-kanak memang banyak di i-City ni. Ini adalah antara permainan yang disediakan untuk budak-budak. Ada beberapa permainan ini, bersyarat iaitu kanak-kanak perlu melepasi had ketinggian yang ditetapkan. Tapi, ada juga yang tak bersyarat (agaknya lah..hehe… sebab aku tak bawa budak kecil time tu, so tak tahu sangat. Kawan aku yang baca dan tanya orang yang jaga permainan tu).

permainan kanak-kanak

 

game untuk kana-kanak

 

seronok betul kanak-kanak ni main lompat-lompat

seronok betul kanak-kanak ni main lompat-lompat

permainan kanak-kanak di icity shah alam

permainan keretapi kanak-kanak

Banyak, kan permainan untuk kanak-kanak. Jelous sungguh aku dengan budak-budak  ni boleh main macam-macam permainan. Tiba-tiba aku rasa nak jadi budak-budak semula. Hehe..tapi mana bisa, kan?. 😀

2) Snow Walk

pintu gerbang snowalk i-city shah alam

Pintu gerbang Snowalk i-City, Shah Alam

Aku rasa kalau tak masuk kat snowalk ni mesti rasa kurang best lah i-City ni kan. So, kalau nak rasa fun kat sini, silalah masuk ke dalam Snowalk  ni. Tapi aku dan kawan tak masuk sini, lagipun kitorang dah penat, seharian pusing-pusing Selangor sebab sesat. Hehe…Masa tu aku tak guna Papago lagi. 😛

Harga tiket SnoWalk i-City Shah Alam:

Dewasa : RM 25 seorang

Kanak-kanak : RM 20 seorang

Sewa boot : RM 10

Sarung kaki disediakan : Deposit RM 20 (wang dikembalikan)

Harga peralatan untuk snowalk yang ada dijual:

Ear Muff : RM 7 – RM 15

Gloves : Dewasa (RM 10 – RM 15), kanak-kanak (RM 7 – RM 10)

Scarf : RM 10 – RM 20

Snow cap : RM 10 – RM 20

Disebabkan aku dan kawan tak nak masuk dalam Snowalk ni, jadi ni aku ambil gambar pemandangan dalam Snowalk i-City, Shah Alam dari blog danarif khas untuk tatapan pembaca blog ni. Kalau nak tengok lebih banyak gambar dalam snowalk ni, boleh lawati blog danarif tu. Link aku dah letakkan.

snowalk i-city shah alam

Snowalk i-City, Shah Alam

Best atau tak bestnya i-City ni, terpulanglah pada individu itu sendiri. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Bagi aku, banyak lagi improvement yang boleh dilakukan. Kalau tak, pengunjung akan rasa datang dan sekadar tengok lampu aje. Pastu bergambar-gambar. Ramai juga orang yang aku tengok sekadar duduk dan melepaskan lelah. Huhu..mestilah penat berjalan, kan. Tapi tempat duduk pun takdelah banyak disediakan.

i-city shah alam malaysia

Ada yang duduk je melepaskan lelah

Sepupu aku pergi sini pun dia kata boring. Member aku pun kata boring juga sambil muka dia memang jelas terbayang kebosanannya. Best atau tak best, setiap individu ada persepsi masing-masing. Sebab tu lah aku kata kat sini, kalau nak rasa best, kena naik cable car dan masuk dalam Snowalk tu. 😀

Tapi, aku pasti, kanak-kanak memang akan rasa seronok datang i-City ni, sebab memang banyak permainan untuk kanak-kanak selain dari budak-budak pun memang suka tengok lampu. Hish! Memang aku rasa jelous kat budak-budak ni.

Untuk keluar dari i-City ni, masa tu, mak aih, punyalah panjang barisan kereta. Mahunya 45 minit aku terperuk dalam kereta, bergerak ke hadapan sikit-sikit untuk sampai keluar. Huhuhu.. letih aku. Kakilah letih nak tekan brek. Nasib ler kereta auto. Kalau manual, maunya rasa tercabut kaki ni. Kui kui kui…

p/s: Ada orang dah berkali-kali datang i-City ni. Bagi aku pergi sekali je dah lah. Cukuplah tu. Asalkan dah pernah jejakkan kaki. Lagipun, rumah aku dan i-City ni jauh, beratus-ratus kilometer. Hehe 😀

Info tambahan: i-City terletak berhampiran dengan Lebuhraya Federal (Federal Highway).

Alamat i-City:

Jalan Multimedia 7/A, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5521 8800

Peta i-City Shah Alam, Selangor

peta i-city shah alam selangor lokasi snow walk malaysia

Peta ke i-City Shah Alam

AKTIVITI SUKAN AIR DI PANTAI BAGAN LALANG

AKTIVITI SUKAN AIR DI PANTAI BAGAN LALANG

Hari ke2, pagi-pagi sesudah subuh, aku pergi ke hadapan Restoran Bila Bila untuk menikmati panorama matahari terbit. Inilah kali pertama aku dapat melihat matahari terbit dengan jelas sekali. Kelihatan jelas bagaikan bebola api melompat naik di kaki langit. Sebelum-sebelum ini, penat tunggu matahari, tapi tak nampak dengan jelas. Sememangnya My Selangor Story 2011 ini banyak memberikan pengalaman pertama untukku. I like! 😀

Kemudian, aku bersarapan di Restoran Bila Bila yang kedudukannya berdekatan dengan villa tempat tinggal kami. Ini adalah Restoran Bila Bila jika dipandang dari luar.

Pemandangan dalam restoran yang cantik dan menenangkan. Suasana yang amat selesa untuk menjamu selera.

 

Ada kolam renang di tepi restoran ni bagi yang suka berenang dan pandai berenang, yang pastinya!. Kalau tak pandai berenang lebih baik jangan terjun dalam kolam ni. Tiada pelampung disediakan. Hehe 😀

Selepas bersarapan, kami bergerak ke Pantai Bagan Lalang untuk aktiviti sukan air. Ni yang best ni!. Enjoy and fun!. 😀

Sebelum melakukan sebarang aktiviti, setiap peserta diminta untuk mendaftar dengan menulis nama di buku log dan menyarung jaket keselamatan terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.

Aktiviti pertama yang aku lakukan ialah sailing. Untuk sailing, pelatih di sini yang mengemudikan kapal layar. Kami hanya duduk sahaja dalam kapal ini dan belajar cara-cara untuk mengemudikan kapal layar ini. Satu kapal hanya boleh dinaiki oleh 3 orang sahaja termasuk pelatih. Untuk aktiviti ini, aku lakukan bersama Jard.

Dwi Andi dan Hijrah kelihatan begitu gembira melakukan aktiviti sailing.  Kredit foto:Hanis

Kemudian, aku dan Jard berkayak. Sebelum kami berkayak sesuka hati, beach boy di sini memberikan tunjuk ajar cara untuk berkayak. Pengalaman pertama juga aku berkayak, walaupun di universiti ada Kelab Kayak ni, tapi aku tak pernah join. Huhu…Terima kasih MSS 2011 dan semua penganjur dan sponsor. Kerana anda, semua aktiviti sukan air ni dapatku lakukan.

Aku, Jard dan beberapa blogger MSS 2011 seronok berkayak. Kredit gambar: Hanis, Tian Chad & Shaleh Drehem.

Tak tahu berenang dan takut air?. Tak perlu risau kerana ada beach boy yang menjaga keselamatan anda dan akan datang untuk menyelamatkan. Keselematan pengunjung menjadi aspek utama kepada Smiley Beach. Aku sendiri pun tak pandai berenang, tapi tetap teruja untuk melakukan aktiviti sukan air ni semua.

Mereka menjaga keselamatan anda. Boleh jadi Baywatch versi Malaysia ni. Hehe 😀 Gambar kredit: Tian Chad

Salah seorang peserta MSS 2011, Pamela sedang bermain Windsurfing. Kredit foto: mohdzaid

Pantai Bagan Lalang menyediakan beberapa aktiviti sukan air seperti kayak, sailing, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sailing, bocce ball, bola sepak pantai, sepak takraw dan bola tampar pantai. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Setelah bermain bersama pantai dan ombak, beberapa blogger mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar pantai.

Foto kredit: Feeq

Setelah puas bermain, kami kembali ke bilik kediaman masing-masing sebelum makan tengahari di Restoran Bila Bila. Aktiviti seterusnya ialah berbasikal mengelilingi kawasan kampung. Bersambung di entri berikut >> Aktiviti berbasikal dan lawatan air surut (Low Tide Tour) <<

Golden Palm Tree Iconic Resort Dan Spa ini terletak di Kampung Sungai Pelek, Bagan Lalang.

Berminat untuk ke sini?. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Golden Palm Tree Resort & Spa Sdn Bhd (637783-W)
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Tel: +603 3182 3600

Fax: +603 3182 3700


Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:


Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
error: Content is protected !!