12 DOKUMEN PERLU DIBAWA KE TEMUDUGA KERAJAAN

12 DOKUMEN PERLU DIBAWA KE TEMUDUGA KERAJAAN

12 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KETIKA TEMUDUGA KERAJAAN

12 dokumen perlu dibawa ketika temuduga kerajaan

Tahniah! Jika anda dipanggil ke temuduga kerajaan. Bukan senang nak dapat temuduga kerajaan, lebih-lebih lagi jika anda perlu lulus peperiksaan online yang turut dihadiri oleh berpuluh ribu calon lain seperti jawatan PTD, Penguasa Kastam, Penolong Kastam, Pegawai Kastam, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Imigresen, Pegawai Arkib, Separa Perubatan dan lain-lain jawatan kerajaan yang HOT!.

Pihak SPA telah menyenaraikan senarai dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga. Oleh itu, sebelum hadir ke temuduga kerajaan, pastikan anda bawa dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT 12 dokumen berikut :

1) Kad Pengenalan;

2) Sijil Kelahiran;

3) Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);

4) Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);

5) Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

6) Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;

7) Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);

8) Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

9) Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

10) Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan);

11) Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

12) Resume bergambar yang ringkas dan padat. Jika anda tak tahu bagaimana untuk menulis resume, saya sarankan agar anda rujuk artikel 3 Cara Mudah Menulis Resume Kerja Kerajaan dan jangan lakukan 7 kesilapan kritikal menulis resume ini untuk menghasilkan resume yang memikat hati penemuduga.

Anda juga boleh rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa dalam surat panggilan temuduga yang dihantar kepada anda.

Kegagalan anda mengemukakan kesemua 12 dokumen seperti yang dikehendaki di atas, serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. Dalam temuduga, anda perlu jujur. Kalau anda cuba menipu, penemuduga yang berpengalaman akan dapat kesan penipuan yang anda sedang lakukan. Ini akan menyebabkan anda di ‘reject‘ terus kerana sememangnya setiap majikan mahukan pekerja yang jujur dan amanah.

Jangan lupa, anda juga perlu berpakaian sopan semasa menghadiri temuduga. Kerana pakaian juga mempunyai markah dalam temuduga. Jika anda masih tak tahu pakaian apa yang harus anda pakai ketika temuduga kerajaan, anda boleh rujuk artikel INI.

p/s: Jangan lupa baca doa sebelum, semasa dan selepas temuduga, ya.

p/s/s: Menurut kajian, 90% calon temuduga GAGAL kerana kurang persediaan. Jika anda tidak mahu tergolong dalam golongan 90% ini, maka, anda MESTI membuat persediaan penuh dan rapi. Jika anda masih blur, takut dan tak tahu nak buat persediaan apa, anda boleh dapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Bijak Temuduga ini. Ramai yang dah berjaya dapat jawatan kerja kerajaan yang diidamkan selepas membaca dan mengamalkan ilmu temuduga yang terdapat dalam panduan ini. Jadi, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi-baloi. ^_^

Saya nak ucapkan Good luck kepada anda!. Moga berjaya peroleh kerjaya idaman anda ^_^

rahsia lulusTemuduga Kerajaan-01 (3)

DAPATKAN RUJUKAN TEMUDUGA KERAJAAN DI SINI

ILMU TEMUDUGA KERAJAAN YANG ANDA PERLU KUASAI

ILMU TEMUDUGA KERAJAAN YANG ANDA PERLU KUASAI

Ilmu Temuduga Kerajaan (SPA) yang Anda Perlu Tahu dan Kuasai Untuk LULUS

 

Temuduga adalah tempat di mana anda perlu jual diri pada majikan supaya diambil bekerja di tempat mereka. Oleh itu, ilmu temuduga adalah sangat penting untuk anda tahu sebagai bekalan menjalani sesi temuduga dengan jayanya.

Semakin mahir anda menghadapi dunia temuduga, semakin senang untuk anda peroleh pekerjaan yang anda mahu. Ini kerana persaingan sangat sengit untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya kerja kerajaan.

Sebagai contoh, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak SPA, untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, seramai 5857 calon dipanggil temuduga untuk mengisi 30 kekosongan jawatan dan 100 calon simpanan!.

bilangan calon temuduga penolong penguasa kastam 2014 dan jumlah kekosongan jawatan yang ada

Manakala untuk jawatan Penguasa Kastam pula, seramai 30 ribu orang calon temuduga untuk mengisi 245 jawatan kosong!.

Ini bukan persaingan sengit… tapi SANGAT SENGIT!.

Oleh itu, anda perlu mahir selok – belok temuduga agar anda lebih menonjol berbanding calon lain!. Dan andalah yang terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan yang anda pohon.

Tapi, apa yang anda perlu lakukan untuk lebih menonjol dan lulus temuduga kerja kerajaan?

Teruskan bacaan sehingga habis.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjadikan diri anda menonjol berbanding calon lain :

 

1) Buat Persediaan Secukupnya

 

Seperti biasa, jika ingin berjaya dalam temuduga, anda perlu buat persediaan secukupnya. Antara perkara yang anda perlu buat persediaan adalah :

• Ilmu untuk menjawab soalan yang bakal ditanya nanti

Adalah sangat penting untuk anda ambil tahu apa soalan yang bakal ditanya oleh panel temuduga. Bukan setakat mengetahui soalan sahaja, malah selepas mengetahui soalan yang bakal ditanya, anda perlu menyediakan jawapan. Ini sebagai persediaan agar apabila soalan diajukan, anda boleh jawab dengan pantas, yakin dan tepat!.

Bagaimana untuk tahu soalan apa yang bakal ditanya ketika temuduga?

Anda boleh gunakan 3 cara berikut untuk mengetahui soalan yang bakal ditanya ketika temuduga :

Tip #1 – Ketahui dan Fahami Skop Bidang Kerja / Jawatan yang Dimohon

Setelah meneliti banyak soalan daripada calon yang telah ditemuduga, rata-rata soalan yang ditanyakan adalah mengenai bidang tugas jawatan yang dipohon. Jadi, mengetahui bidang tugas adalah sesuatu yang amat penting!.

Rajin-rajinkan lah diri untuk buka dan baca web rasmi / portal jabatan / kementerian jawatan yang anda pohon untuk dapatkan maklumat mengenai jawatan yang anda pohon. Anda boleh juga baca artikel Penguasa Kastam – Bidang Tugas, Syarat Kelayakan dan Cara Memohon ini jika anda calon temuduga Penguasa Kastam.

Jika anda adalah calon PTD, anda boleh baca artikel 8 Teras Utama PTD (Tugas & Bidang Utama Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

Tip #2 – Bertanya pada Mereka yang Ada Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan / Jawatan Yang Dipohon

Anda boleh cuba tanya pada rakan-rakan yang pernah menghadiri temuduga bagi jawatan yang sama dengan yang anda pohon. Cara ini sangat membantu untuk anda membuat persiapan jawapan yang sewajarnya.

Walaupun soalan yang ditanya berbeza untuk setiap calon, manalah tahu, kalau soalan yang sama diajukan kepada anda. Ia adalah BONUS untuk anda, kan?. Ini kerana kemungkinan untuk ditanya soalan yang sama adalah tinggi. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan soalan yang ditanya adalah hampir sama.

Untuk contoh soalan temuduga Penguasa Kastam, anda boleh baca artikel Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 ini. Ia adalah himpunan soalan temuduga Penguasa Kastam yang pernah ditanya kepada calon yang sudah ditemuduga sebelum ini.

Jika anda dipanggil temuduga PTD, anda boleh baca artikel 20 Soalan Temuduga PTD ini.

Anda boleh baca juga Kisah Kejayaan dalam Temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah berjaya bergelar sebagai seorang penjawat di sini.

Kisah-kisah kejayaan ini mampu memberikan gambaran sebenar kepada anda bagaimana temuduga ini dijalankan, apa soalan yang ditanya dan bagaimana mereka jawab untuk lulus temuduga dan berjaya jawat jawatan yang diidamkan.

SAYA NAK KISAH KEJAYAAN TEMUDUGA SPA

 

Tips #3 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga

Bayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda?. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain?.

Dengan cara ini, anda boleh mengetahui kehendak dan ciri-ciri yang dimahukan oleh panel penemuduga dalam diri anda. Cubalah, ia sangat membantu. 🙂

Tips #4 – Pakaian yang kemas

Sesetengah calon temuduga tak tahu pakaian yang sesuai dipakai ketika temuduga. Calon perlu ingat, bahawa penampilan diri juga akan dinilai oleh panel temuduga.

Pakailah pakaian yang kemas, sopan dan nampak professional. Gambar di bawah adalah contoh pakaian ke temuduga yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Etika pakaian temuduga ini adalah seperti yang dikeluarkan oleh pihak SPA di portal rasmi SPA ini.

etika pakaian temuduga spa kerja kerajaan untuk lelaki dan perempuan


Tips #5 – Menyediakan perkara yang pihak majikan suruh bawa seperti gambar, resume, sijil dan sebagainya.

Untuk temuduga kerja kerajaan (SPA), dalam surat panggilan temuduga, ada dinyatakan dokumen-dokumen yang anda perlu bawa bersama ketika temuduga.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, buat salinan semua dokumen yang dipinta.

Fotostat.

Dapatkan cop pengesahan dan tandatangan orang yang berauthoriti.

Kemudian, susun semua dokumen dalam fail mengikut turutan seperti dalam surat panggilan temuduga.

Salah satu dokumen yang diminta ialah resume. Jadi, anda perlu tulis resume dan bawa ketika temuduga.

 

2) Kagumkan Panel Temuduga

 

Apabila persediaan anda lengkap, anda akan rasa lega dan berfikiran positif pada hari temuduga. Untuk dapat keputusan yang lebih positif, anda perlu setkan di dalam minda untuk mengagumkan panel temuduga atau majikan anda.

Anda perlu buat penemuduga rasa kagum pada diri anda dan merasakan bahawa andalah calon yang dicari-cari mereka. Maksudnya di sini, andalah calon yang terbaik untuk jawatan yang dipohon!.

 

3) Tenang dan Fokus

 

Selain itu, anda perlu sentiasa tenang dan fokus. Jangan ambil peduli akan hal orang lain, fokus sahaja pada hal anda. Apabila bercakap di hadapan panel temuduga, lontarkan suara yang secukupnya supaya mereka dengar dan faham apa yang anda sampaikan. Tapi jangan sampai tahap menjerit pula, ya. 😀

Jika temuduga dijalankan dalam bahasa inggeris, pastikan lenggok bahasa anda mudah difahami panel temuduga.

Sentiasa senyum dan tenang walaupun jika ketika itu anda tiada idea untuk jawab soalan yang diajukan.

Temuduga adalah proses yang senang jika kita anggap ia adalah senang. Namun untuk jadikan proses temuduga itu adalah senang, anda perlu berusaha.

Jika anda sudah dipanggil untuk temuduga, ketahuilah, bahawa sesi temuduga adalah peluang yang tak patut anda sia-siakan!. Temuduga adalah tempat di mana anda boleh menonjolkan diri anda dan membuktikan bahawa andalah calon paling layak untuk jawatan tersebut kerana anda akan dinilai sepanjang temuduga.

Jika anda lulus temuduga, maka anda akan dapat jawat jawatan yang diimpikan!. Mesti anda nak, kan?

Semoga tip temuduga SPA yang saya kongsikan ini dapat membantu anda membuat persiapan menghadapi temuduga kerja kerajaan tak kiralah sama ada anda calon temuduga Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Kastam mahupun temuduga untuk jawatan lain. Ini kerana tip temuduga yang saya sediakan ini boleh digunapakai untuk sesi temuduga banyak jawatan di sektor awam.

Jika anda ingin membuat persediaan yang lengkap dan efektif, saya syorkan anda gunakan Panduan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini sebagai rujukan. Panduan ini telah membantu ramai calon temuduga kerajaan sejak tahun 2009 dan ia sesuai diaplikasikan untuk apa jua temuduga jawatan kerajaan / SPA.

SAYA NAK Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Saya doakan anda berjaya lulus temuduga kerja yang anda impikan.

p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan simbol Facebook di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu rakan-rakan anda yang dalam kebuntuan untuk membuat persiapan temuduga terutama temuduga kerajaan. Semoga perkongsian anda dapat menjadi saham di akhirat untuk anda kelak. Aamiin.

p/s/s : Jika anda dipanggil temuduga untuk Penolong Penguasa Kastam, baca artikel Contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam ini.

Jika anda nak lebih banyak tip temuduga, dan tak nak terlepas mendapatkan update terkini Tip Temuduga, masukkan nama dan alamat emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel dari semasa ke semasa :

 

Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

ip

error: Content is protected !!