CONTEST ENTRI PALING KENCANG

CONTEST ENTRI PALING KENCANG

 

Ni kisah aku sebagai student yang suka tidur dalam kuliah sewaktu bergelar mahasiswi dulu.

 

Alkisahnya, saat aku membaca surat tawaran dari universiti untuk program ijazah pertama, aku menangis selama 3 hari 2 malam sebab aku sangat kecewa kerana kau tak berjaya mendapatkan tempat di kelapan-lapan pilihan universiti dan course yang aku minta.

KLIK SINI KALAU ANDA RASA ANDA CUTE

Sedih woo…sedih sangat masa tu. Aku rasa sedih sangat sebab risau aku tak lah teruk, tapi aku tak berjaya mendapatkan apa yang aku nak. Jadi aku pun menangislah semahunya.

 

Masa habis je SPM, aku bekerja. So, kat tempat kerja pun aku nangis juga. Adik aku pun cakaplah gini kat aku “apalah kak ngah ni, dapat masuk U pun nangis, sepatutnya suka lah”. Yang mak aku pula cakap gini bila tengok aku ni tiap malam balik kerja dok nangis je sampai muka pun dah benyek “Yang kau nangis ni apa pasal? Mak belum lagi mati”.

MANUSIA YANG CUTE

 

Hatoi! Gitu pula mak aku ni. Boleh pula dia cakap gitu. Sebenarnya aku sedih juga sebab ketika membuat pemilihan course tu, aku ikut cakap mak aku. Sebab mak aku ni berhajat sangat nak anak dia jadi doktor, sebab dulu dia dapat tawaran buat medic kat oversea, tapi arwah bapa dia tak kasi dia pergi.

 

So, boleh dikatakan 3 pilihan teratas aku pilih medic walaupun aku sebenarnya bukan nak buat medic pun. Aku nak jadi doktor ke?. Oh tidak. So, pilihan yang bawah-bawah sikit baru aku letak apa yang aku nak, terutama universiti yang jauh-jauh. UMS dan UNIMAS pun aku minta.

 

Last-last bila dapat tawaran, jancur lebur hati aku, apabila universiti yang aku tak minta langsung yang bagi aku offer letter. Dah tu course yang aku tak minat langsung pula tu. Chemical Engineering. Yew…Dahlah subjek Kimia dan Fizik aku dapat C masa SPM. Aku kena amik Chemical Engineering ke?. Nangis-nangis. Isk isk uwa…

 

Disebabkan aku tak interested langsung dengan course ni, so aku selalu lah jadi orang yang terakhir masuk kuliah, pastu dok belakang-belakang tepi pintu. Senang nak keluar. Sepanjang lecturer mengajar, aku pejam je mata. Terlelap sudah. Aku hanya dengar suara lecturer ketika 10 minit awal kuliah dan 10 minit akhir kuliah je. Habis je lecturer mengajar, aku terus keluar dari kelas. Cepat-cepat balik semula ke kolej kalau takde kuliah lagi lepas tu. Dah balik kolej, buat apa lagi, selain dari buat tahi mata. 😀

Memang tu ler kerja aku, dari sem 1 sampai sem akhir. Suka betul aku tidur dalam kelas ni. Suara lecturer mengajar ibarat mendodoikan aku. Hik2.

 

Sepanjang pengajian ijazah pertama tu, ada 2 peristiwa aku tertidur yang amat memalukan. Satu hari, ketika kuliah sedang berlangsung di waktu petang (dah letih dan otak ingat bestnyer kalau dapat tidur kat bilik ni), aku duduk dibahagian hampir belakang. Suara lecturer sayup-sayup kedengaran. Oh…terdodoi aku. Tanpa dipaksa dan tanpa kerelaanku, mataku terpejam lalu terlelap barang seketika cuma. Tiba-tiba telinga aku terdengar suara kuat dari hadapan “TIDURRRRR”. Jeritan suara sang lecturer. Kesemua pelajar memandang hampir ke arah ku, mungkin mereka megikut arah pandangan yang dilontarkan oleh lecturer. Sebaik sahaja terasa diri ini yang diperkatakan, kelopak mata aku pun terbuka secara automatiknya, dan aku pun buat-buat pandang sana-sini supaya orang tak syak aku yang tidur.

 

Kawan-kawan yang berada berhampiran aku pun dah toleh-toleh kanan kiri sebab banyak mata memandang ke arah kami. Telinga aku dapat mendengar ayat ini dari mulut rakan yang berdekatanku “Siapa yang tidur? Mana ada orang tidur”. Aku hanya diam membatukan diri. Takkan nak ngaku pulak kan. Malu lah weh!. 🙂

 

Tu satu kejadian. Satu lagi berlaku ketika aku final year. Haduyai, lecturer ni memang soft spoken lah. Kelopak mata aku ni memang tak boleh terbuka. Macam biasa, aku pun terlelap la.

 

Tiba-tiba terdengar satu suara yang menghala ke arah aku “Sya, tidur”. Hatoi, time tu aku rasa seluruh muka aku rasa macam panas je. Blushing lah kan. Lepas dah kena sergah macam tu, teruslah segar bugar mata aku ni. Dengan semangat yang berkobar-kobar aku nak dengar kuliah yang disampaikan oleh lecturer. Bersemangat ni, setelah malu tahap gaban dengan rakan-rakan sekelas. Habis 1 kelas tahu aku tidur.

 

Tengah berkobar-kobar tu, tiba-tiba lecturer cakap gini “Ok, sampai sini je. Next kelas kita sambung bahagian lain pula”. Dush! bagaikan ada batu hempap kepala aku. “Aik! dah habis kelas ke?. Baru nak dengar”. Sedih aku time tu. Malu tak hilang lagi tu. Dalam hati aku “Aduh, Dr ni, kalau kelas dah nak habis, takyah la sergah aku”. Huhu..bikin malu saja.

 

Tulah 2 kisah aku kantoi tidur dalam kelas. Yang lain-lain yang aku tidur tu, tak kantoi pun. 4 tahun beb tidur ketika kuliah je kerjanya. Apa-apa tah aku ni.   Biasalah kan, memang dah tak minat, nak wat camne kan.

 

Tamat pengajian, aku terus bekerja selama 3 tahun, sehinggalah seru datang kepadaku untuk sambung Master kat universiti yang sama. One day tu, lecturer soft spoken yang sergah aku tu senyum kat aku. Cara dia senyum dan pandang aku macam dia kenal dan ingat je aku.

 

Saat aku terpandangkan dia, dalam hati aku “minta-minta lah dia tak cam aku. Puh Puh”. Selang seminggu lepas tu, aku kena berjumpa dengan dia, nak minta tanda tangan dia. Dia sambut kedatangan aku dengan baik je sambil senyum. Anyway, lecturer ni memang suka senyum. Senyum tu sedekah beb.

 

Then, aku pun tanyalah dia. “Ingat ke saya?”. “Eh, ingat. Kenal. Orang Klg”. Waduh! malunyer aku. Mesti dia ingat aku yang tidur kat dalam kelas, kan. Siap sebut daerah asal aku lagi tu. Memang sah lah dia tak salah orang. Malu-malu.

Serius, aku malu weh dengan lecturer tu. Tapi tu lah kan, nak buat camne. Time tu memang zaman aku pramatang. Hik2…Nak buat apa pun, sesuka hati je.

 

So, moral of the story nya kat sini: Jangan tidur dalam kelas/kuliah. Rugi jer kalau datang kuliah, tapi tidur. Tak dapat apa pun. Ilmu pun tak nak lekat.

 

p/s: Kalau aku jadi lecturer, mungkin aku takkan marah kot kalau student aku tidur time aku mengajar. Mesti student tu pun spesies aku juga. Tapi aku akan tenung je student tu sampai dia buka mata dengan sendirinya. 😀 Huhu..

 

CONTEST ENTRI SEKENCANG ANGIN DIANJURKAN DENGAN JAYANYA OLEH CIK ANGIN.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 36207555 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 3466