Penerangan Ujian Psikometrik SPA Malaysia | Contoh Soalan & Markah Soalan

Penerangan Ujian Psikometrik SPA Malaysia | Contoh Soalan & Markah Soalan

Ramai yang tanya soalan ni : 

“Ujian psikometrik tiada lulus, tiada gagal. Tetapi kenapa saya tak berjaya?”

Dalam video ini menerangkan secra terperinci mengenai Ujian Psikometrik untuk kemasukan ke Perkhidmatan Awam Malaysia (PSEE). Penerangan ini diberikan oleh pihak SPA Malaysia. Turut diberikan contoh soalan dan penerangan pemberat markah untuk setiap soalan mengikut jawatan yang dipohon.

Tonton video sehingga habis untuk mendapat kefahaman yang jelas dan tepat mengenai ujian psikometrik SPA Malaysia. Pegawai juga menjawab pelbagai soalan berkaitan penilaian dan ujian psikometrik yang ditanya oleh para calon yang hadir.

Moga video ni dapat membantu anda buat persediaan menduduki Ujian Psikometrik Online.

 

.

Jika anda nak lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik, boleh dapatkannya dengan tekan butang di bawah ini : 

DAPATKAN 200 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK DI SINI

(Peringatan : Ini bukan soalan bocor. Ini adalah contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih tubi, biasakan diri dengan soalan-soalan ujian psikometrik).

.

TIP LULUS UJIAN PSIKOMETRIK OLEH CALON YANG DAH LULUS

Tonton video tip lulus ujian psikometrik yang dikongsikan oleh calon yang telah lulus dan bekerja sebagai penjawat awam ini sehingga habis : 

.

Psst : Boleh tahu, dah berapa kali anda menduduki ujian psikometrik? Untuk jawatan apa?

Jika ada apa-apa soalan, boleh tanya di ruangan komen. InsyaAllah Sya kan reply.

Sya doakan anda berjaya lulus dalam peperiksaan ujian psikometrik yang anda duduki. All the best.

.

.

5 Tip Lulus Ujian Psikometrik SPA

5 Tip Lulus Ujian Psikometrik SPA

Ramai calon yang dipanggil menduduki Ujian Psikometrik SPA tertanya-tanya bagaimana nak lulus Ujian Psikometrik SPA. Ramai juga calon yang dah ambil ujian psikometrik ini tetapi tak pernah lulus. 

Haa.. dalam artikel ini, Sya nak kongsikan 5 tip lulus ujian psikometrik SPA. 

5 tip lulus ujian psikometrik spa calong berjaya

Tip Lulus Ujian Psikometrik SPA ini dikongsikan oleh calon-calon yang telah berjaya lulus ujian Psikometrik SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). 

Tonton video di bawah sampai habis untuk dapatkan tip-tip yang berharga ni. Ye lah, calon yang dah berjaya yang kongsikan, kan. Mestilah tip-tip ni betul, kan. 

Selain dari tip-tip di atas, kebanyakan calon yang lulus Ujian Psikometrik mereka dah biasakan diri menjawab soalan-soalan psikometrik. 

Jadi, untuk membantu anda membuat persediaan ujian, Sya dah kongsikan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik. Tekan butang di bawah untuk cuba jawab contoh soalan ujian Psikometrik : 

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Dapatkan 200+ Contoh Soalan Psikometrik Di Sini

.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Ramai calon yang dipanggil menduduki Ujian Psikometrik SPA tercari-cari contoh soalan Ujian Psikometrik. Tahniah kerana anda telah sampai ke tempat yang betul. 

Dalam artikel ini, Sya akan kongsikan 10 soalan ujian psikometrik SPA. 

1. Saya suka bantu rakan yang dalam kesusahan

A) Sangat Kerap
B) Kerap
C) Tidak Pasti
D) Tidak Pernah
E) Kadang-kadang

2. “Ulat dalam batu pun boleh dihidup”

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
D) Sangat Tidak Setuju

3. Saya suka menghadiri perjumpaan-perjumpaan politik.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti
D) Tidak Pernah

4. Apabila peluang ada di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
D) Sangat Tidak Setuju

5. Ketika zaman sekolah, kadang-kadang saya didenda

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pernah
D) Tidak Pasti

6.Idea saya banyak tetapi ramai orang tak faham apabila saya ceritakan idea saya.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

7. Apabila peluang baik ada di depan mata, kita perlu ambil semua peluang yang ada.

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
D) Sangat Tidak Setuju

8) Saya suka menghadiri perjumpaan-perjumpaan agama.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti
D) Tidak Pernah

9) Saya tidak pernah didenda ketika zaman sekolah.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pernah
D) Tidak Pasti

10. Idea saya banyak tetapi sukar mengeluarkannya.

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
C) Sangat Tidak Setuju

.

Bagaimana? Dapat jawab soalan-soalan di atas?. Nampak senang kan? Tapi ramai calon yang gagal. 

Sebenarnya ada banyak perangkap dalam ujian psikometrik SPA ni yang calon tak sedar. Jadi, anda perlu biasakan diri dengan menjawab banyak soalan-soalan psikometrik sebagai latih tubi. Jadi, bila ujian nanti, anda tak terperangkap.  

Untuk membuat latih tubi, anda boleh dapatkan koleksi 200+ soalan ujian psikometrik, boleh terus dapatkan dengan tekan butang di bawah:

Saya nak 200+ Contoh Soalan Psikometrik

Saya Nak 200+ Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

 

Rahsia Disebalik Ujian Psikometrik Memasuki Kerja Kerajaan

Rahsia Disebalik Ujian Psikometrik Memasuki Kerja Kerajaan

Ramai calon yang tak sedar apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian PSIKOMETRIK memasuki perkhidmatan awam (PSEE). 

Tahun 2023, SPA mengumumkan calon-calon perlu menduduki ujian psikometrik untuk semua jawatan kerja kerajaan. Jadi, ujian psikometrik ini adalah ujian yang wajib diduduki oleh semua calon yang melepasi syarat jawatan tersebut. 

Walaupun dalam ujian ni calon hanya perlu jawab setuju, tidak setuju, sangat setuju atau sangat tidak setuju, namun ramai calon yang gagal. Kenapa?

Ketahui rahsia disebalik ujian psikometrik dalam artikel ini. Baca sampai habis ya. 

rahsia di sebalik ujian psikometrik spa

 

Ujian ini sebenarnya ada dalam pelbagai peringkat dan tujuannya kolektif untuk mencari calon yang punya attitude BENAR LAYAK untuk jawatan yang ditawarkan.

Ianya ada 3 skop penilaian berbeza;

  1. Psikometrik Ujian Online
  2. Psiokometrik Temuduga
  3. Psikometrik Kenaikan

Ok kita sembang ringkas untuk skop ini;

ebook contoh soalan ujian psikometrik SPA terkini

  1. PSIKOMETRIK Ujian Online

 

Ini adalah ujian khusus untuk GUGURKAN pemohon yang ramai dari seluruh Malaysia melalui permohonan SPA8i.

 

Taraf penilaian adalah adalah SKEMA “nilaian positif” yang telah ditetapkan.

 

Setiap jawapan ada “SKOR” tersendiri dan pada akhirnya calon ditapis daripada mereka yang mempunyai “SKOR” tinggi.

 

Itu ja. Jadi tips penting untuk sukses dalam ujian ini adalah;

 

“Tonjolkan nilai positif, sembunyikan yang negatif dalam diri”

 

Ujian ini adalah computerized. Tak perlu argue pun dengan tips yang kami selalu kongsikan.

 

Pegang satu benda ja, GAGAL skor dalam ujian ni, tak sampai lah anda ke temuduga 🙁

Anda boleh dapatkan koleksi contoh soalan psikometrik dengan klik pada gambar / butang hijau di bawah :

soalan Ujian Psikometrik December nota rujukan

SAYA NAK KOLEKSI SOALAN PSIKOMETRIK INI

 

  1. PSIKOMETRIK Temuduga

 

Bahagian ni bila anda dah selesai part ujian online. Dalam situasi ini PENEMUDUGA akan korek karekter anda.

Mereka ada skop penilaian PSIKOMETRIK yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan sebab ini adalah peringkat akhir sebelum anda dapat jawatan.

 

Jadi penilaian ini lebih kepada “nilaian kreatif dan kritis”.

Panjang nak cerita bab ni. Tapi yang paling penting jika anda dipanggil ke sesi UJIAN ONLINE, anda hanya perlu tinggikan SKOR pada “nilaian positif”.

 

Jadi untuk ujian online ini, focus untuk SKOR MAKSIMUM pada skala NILAIAN POSITIF.

 

Jika masih belum dapatkan rujukan TERAS yang anda perlukan untuk sukses UJIAN PSIKOMETRIK ini, terus dapatkan di;

>> KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN PSIKOMETRIK 2020 <<

 

Salam sukses untuk anda!

 

p/s: Ribuan calon dah sukses dengan rujukan PSIKOMETRIK ini sebab mereka bertindak dengan ilmu dan strategi yang betul hasil dari perkongsian di;

RUJUKAN LENGKAP PSIKOMETRIK 2020. KLIK SINI

 

 

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Ini ada beberapa contoh soalan psikometrik khas untuk calon-calon yang dipanggil SPA untuk menduduki Ujian Psikometrik.

Terkini, untuk kemasukan perkhidmatan awam, SPA mewajibkan calon menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi bermula 2018, psikometrik test ini diadakan dalam skop yang lebih terarah.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN BERATUS CONTOH SOALAN & JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA
.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Tetapi bagi calon, ianya lebih menekan. Calon tak kisah jawatan apa kan? Kita nak kerja. Nak ada gaji. Tak best pulak bila diuji macam ni.

.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE SPA

.
1. Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

2. Apabila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

3. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

4. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

5. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

6. Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai seorang rakan yang setia sanggup membimbingnya
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

7. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

8. Saya akan merasa menyampah bila orang lain berperangai pelik
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

9. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

10. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

11. Jika saya merendah diri saya akan dipandang rendah
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

12. Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

13. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

14. Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

15. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat
A. Ya     B. Tidak Pasti   C. Tidak

Jika anda perasan soalan-soalan yang ditanya sekadar menguji personaliti dan nilai positif yang ada pada diri anda. Nampak simple, tetapi soalan-soalan ni sebenarnya tricky. Silap jawab, anda akan gagal ujian ni. 
.

TIP LULUS UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE SPA

Tips penting supaya anda tak sangkut dalam ujian PSIKOMETRIK adalah;

TONJOLKAN NILAI POSTIF ANDA
SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

Senang tak?

Kena faham, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti.

Susah nak terang semua. Rasanya lebih mudah kalau anda buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa ditanya dalam ujian ini.

Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu;

✔ tip jawab soalan
✔ contoh soalan
✔ cara jawab soalan supaya tak tersasar
✔ perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
✔ apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing.

Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk calon yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

Lihat data ini, ratusan ribu GAGAL setiap tahun…

Mereka gagal bukan sebab tak bijak. Tapi antara yang menyumbang kepada kegagalan ini adalah :

AMBIL MUDAH, BUAT SAMBIL LEWA

✘ Tak ada kesungguhan.
✘ Tak buat persediaan yang betul.
✘ Tak nak luang masa khusus untuk studi.

Tapi itu bukan anda. Anda dah luang masa cari rujukan dan sampai ke laman ini kan?
IZINKAN Tim Infokerjaya bantu anda.

Tim Infokerjaya dah bantu calon sejak tahun 2008/09. Kita ada pengalaman ini dan pengalaman bagaimana untuk calon lulus ada dalam pengetahuan pengalaman ini.

Selama berbelas tahun kami bantu calon, ribuan calon dah lulus.

Kini masa untuk anda pula untuk LULUS dan jawat jawatan kerajaan yang anda idamkan selama ini!
.

RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE SPA

.

Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untuk ujian tahun ini dan khusus untuk membantu anda buat latih tubi soalan psikometrik khas untuk exam SPA.

rujukan contoh soalan ujian psikometrik spa online 2018

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN BERATUS CONTOH SOALAN & JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA
.
.
.

10 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

10 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

[hcshort id=”5″]


contoh soalan ujian psikometrik peperiksaan online penguasa kastam gred w41

Mengikut format terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk peperiksaan Online Penguasa Kasta W41 yang bakal diadakan 6 September ini, terdapat 3 Seksyen utama, iaitu ;

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama (format tahun 2009 – 2012) iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.

Dalam artikel ini, saya hanya akan terangkan mengenai Seksyen C (Ujian Psikometrik) sahaja. Sebelum ini, saya telah pun kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam untuk semua seksyen dalam artikel Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Untuk Seksyen C (Ujian Psikometrik), sebanyak 200 soalan perlu dijawab dalam masa 60 minit.

Uih! Banyaknya soalan nak kena jawab!. Sempat ke nak jawab ni?.

Rileks…..

Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni lah soalan yang paling senang untuk anda jawab.

Kenapa pula?.

Sebab untuk jawab soalan psikometrik ni, anda tak perlu buat sebarang kira-kira, tak perlu tekan calculator dan tak perlu pening kepala untuk fikirkan jawapan!.

Sebabnya…..

Soalan ujian psikometrik ni, anda hanya perlu jawab secara spontan.

Tapi awas!.

Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni ada banyak perangkap yang sengaja dipasang untuk memerangkap anda!.

Soalan-soalan psikometrik direka khas untuk mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Jadi, untuk menjawab soalan psikometrik ini, anda perlu menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda. Tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Itu sahaja!.

Pilih jawapan untuk mengeluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Anda perlu tahu bahawa soalan psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip Jawab Soalan Psikometrik Penguasa Kastam

Tip terpenting untuk jawab soalan psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 agar anda tidak terperangkap dengan soalan-soalan yang diutarakan ialah :

Pastikan jawapan anda sentiasa konsisten!.

Ini adalah kerana, terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

Jadi, jangan jadi lalang semasa peperiksaan, ya 😀 Anda perlu tegas dengan pendirian anda!

Sebagai contoh, soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri anda. Anda perlu memberikan jawapan yang konsisten untuk semua soalan ini!.

Maksudnya, jika jawapan anda “Tidak” untuk 1 soalan, anda perlu jawab “Tidak” untuk kesemua soalan ini. Barulah anda tidak menjadi seperti lalang, yang tidak mempunyai pendirian yang teguh!. 😀

Cara Menjawab Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 yang Bakal MEMBUNUH Anda!

Ramai yang kata “yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun”.

Ya, pernyataan di atas ada benarnya, tetapi ramai yang salah faham dengan kenyataan di atas. Ramai yang buat kesimpulan macam ini;

“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”

Bahagian ‘jangan tinggal satu pun’ itu betul TETAPI jangan hentam/tembak.

Sebabnya, perbuatan menghentam ini akan membunuh anda!.

Kenapa?

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan saya telah pun berikan kepada anda contoh 5 soalan yang jawapannya sama.

Apa jadi jika anda berikan jawapan yang tak konsisten?.

Markah anda akan terjejas dan sifat diri anda yang tidak mempunyai pendirian yang teguh juga akan terbongkar!.

Jangan risau dengan waktu kerana dalam masa seminit, banyak soalan yang anda boleh jawab!. Sebab soalan pendek-pendek.

Apa yang penting, KONSISTEN dan tonjolkan nilai positif dalam diri anda.

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41 1

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 2

Ujian Psikometrik

 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 3

Ujian Psikometrik Kastam

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawai Kastam Gred W41 4

Psikometrik SPA

 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam Gred W41 5

Soalan Psikometrik

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 6

Soalan Psikometrik W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41 7

Soalan Psikometrik SPA

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41

Contok Soalan Ujian Psikometrik Gred W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam Gred W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41 10

Soalan Psikometrik Pegawai Kastam W41

Ok, cukup 10 contoh soalan ujian psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang saya kongsikan untuk anda, para calon peperiksaan 6 September ini.

Sebenarnya, ada dalam 50 contoh soalan ujian psikometrik yang boleh anda dapati dari Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.

Selain dari itu, anda juga boleh download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam dalam bentuk pdf di sini. Selepas download, terus mulakan study. Persediaan awal untuk exam adalah lebih baik berbanding study last minute!. 😉

Jangan lupa, persaingan sangat sengit. Mungkin SPA panggil berpuluh ribu calon untuk menduduki peperiksaan ini!. Jadi, anda perlu bersaing untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ini.

All the best!

Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu rakan-rakan adna secara tak langsung 😀

Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Penguasa Kastam W41 | Bidang Tugas, Syarat Kelayakan & Cara Memohon

[hcshort id=”5″]


PENGUASA KASTAM GRED W41

Jawatan Penguasa Kastam merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.

Bidang Tugas Penguasa Kastam Gred W41

Bidang tugas seorang Penguasa Kastam adalah luas, merangkumi tugasan berikut :

  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Penguasa Kastam juga turut memproses permohonan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
  • Selain dari itu, Penguasa Kastam juga bertanggungjawab untuk mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM DAN PENOLONG PENGUASA KASTAM CONTOH SOALAN
    Syarat Lantikan / Kelayakan Penguasa Kastam Gred W41

    Jika anda berhasrat untuk memohon jawatan Penguasa Kastam ini, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :

    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau

    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
    • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    Cara Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di Laman Web Rasmi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di www.spa.gov.my.

    PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41

    Tidak seperti sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan Penguasa Kastam dilakukan secara bertulis. Tetapi, mulai tahun ini, SPA telah membuat pembaharuan, di mana, peperiksaan Penguasa Kastam kali ini akan diadakan secara online, sama seperti 5 peperiksaan SPA sebelum ini.

    Sebelum dilantik sebagai Penguasa Kastam, calon perlulah lulus dalam peperiksaan khas, lulus Assesment Center dan juga lulus temuduga.

    FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41

    Peperiksaan Penguasa Kastam diadakan bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

    Secara umumnya, soalan-soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 3 Seksyen Utama, iaitu :

    1) Seksyen A : Pengetahuan Am
    2) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
    3) Seksyen C : Ujian Psikometrik

    Download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam


    error: Content is protected !!