denaihati.com

 

Hari ni birthday aku dan hari ni aku nak kongsikan 5 entri best di Denaihati.com (DH).

 

1. ADAKAH BLOGGER KENAL BLOG SENDIRI?

Dalam entri ini, DH memeriksa blognya menggunakan SEO Tools. Gambar di bawah menunjukkan hasil pemeriksaan terhadap blognya.

 

meta tag denai hati.com

Analisa blog Denaihati.com

 

Apa yang boleh disimpulkan dari gambar di atas, kalau result yang keluar berwarna hijau, maksudnya OK, dan blog kita tiada masalah dari aspek tu. Kalau dilihat dari gambar di atas, DH hanya memperolehi 1 je merah, iaitu page di DH mempunyai terlalu banyak URL iaitu 132. Ini boleh menyebabkan masalah di search engine tertentu. Jumlah url terbaik yang dicadangkan adalah kurang dari 100.

Gambar di bawah pula adalah hasil analisa blog aku (syaisya.com).

meta tag syaisya.com

Analisa blog syaisya.com

 

Wow! Banyaknya merah untuk blog aku ni. Huhu…Aku juga mengalami masalah yang sama macam DH, iaitu mempunyai URL lebih dari 100. Selain dari tu, aku masih ada masalah kat Tittle dan juga Description. Tak tahu kenapa, sedangkan aku dah letak title dan description kat setting blog aku ni.

Kena banyak belajar lagi ni untuk memantapkan lagi blog. Nantilah, InsyaAllah, apabila kehidupan aku dah stabil nanti, baru aku betulkan blog ni. Sekarang ni banyak perkara penting yang perlu aku selesaikan. Berblog ni sekadar sampingan je. 😀

 

2. PANDUAN MENGURANGKAN JUMLAH URL DI BLOG

Entri ni pula menerangkan tentang cara mengatasi masalah terlebih URL ,di atas. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah URL di blog agar blog kita tidak mempunyai masalah dengan search engine. Antaranya:

1. Kurangkan bilangan entri di main page.

2. Buang link yang tak penting.

3. Kurangkan katogeri.

4. Unlink kan comment count.

Ini hanya beberapa tips je. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca entri di DH ni.

 

3. MASA PALING SESUAI LETAK IKLAN DI BLOG

Boleh dikatakan hampir semua blog ada letak iklan. Tak kiralah Nuffnang, Innity, Advertlet atau Google Adsense. Tapi, bilakah masa yang paling sesuai untuk letak iklan di blog?. Temui jawapannya di entri DH ini.

 

4. PERSAMAAN CIKGU SHIDA, BRIPTU NORMAN DAN BLOGGER

Fenomena Cikgu Shida muncul di Malaysia November tahun lepas (2010) apabila videonya Kalau Berpacaran di youtube menjadi sebutan. Time tu, aku tak ambil pot pun pasal Cikgu Shida ni. Semalam baru aku start layan video-video Cikgu Shida. Haha..memang kelakar ler =)) Kreatif betul, dia buat sorang-sorang pula tu semua video tu.

Jom layan, video Cikgu Shida, Kalau Berpacaran.

 

Ni pula video dari Briptu Norman, polis dari Indonesia.

 

Selepas aku layan video-video klip mereka berdua ni, pendapat peribadi aku, aku lebih terhibur dengan telatah Cikgu Shida Dari Parit.

Jadi, apa pula PERSAMAAN CIKGU SHIDA, BRIPTU NORMAN DAN BLOGGER?. Temui jawapannya di blog DH.

 

5. TIPS SEO DARI PEMENANG HIDUP SEORANG BLOGGER

 

SEO trick

Hari tu aku jalan-jalan di blog DH ni, memang tercari-cari tips dari pemenang pertama contest Hidup Seorang Blogger ni, tapi tak jumpa entrinya. Alhamdulillah, rezeki aku agaknya, hari ni nak siapkan entri ni, terjumpa pula entri ni. Haha..I like!.

Contest Hidup Seorang Blogger ni contest SEO khas untuk blogger-blogger yang mempunyai PR yang tinggi. Kalau anda memang masih teraba-raba mencari dan mendalami ilmu SEO, bacalah entri ni:   TIPS SEO DARI PEMENANG HIDUP SEORANG BLOGGER.

Aku sendiri pun dalam proses untuk mendalami ilmu SEO ni, terutama untuk Off Page SEO. Kali pertama aku cuba praktikkan ilmu SEO yang dipelajari ialah untuk join Contest Nak Kurus Ingat Joegrimjow. Alhamdulillah, aku berjaya menempatkan diri tempat ke-3 dalam 1st page Google untuk keyword Nak Kurus Ingat Joegrimjow. Dapatlah menang duit dari Joegrimjow tu.

Sebelum praktikkan ilmu SEO ni, sebenarnya blog aku berada di tangga ke -8 untuk contest ni. Memang berkesanlah, kalau kita betul-betul ikut tips-tips yang diajari oleh blogger-blogger yang terror bermain dengan SEO ni. 😀

Okey, sekian sahaja untuk entri 5 Entri Best di Denaihati.com ni. Sebenarnya banyak entri yang best, tapi aku terpaksa pilih 5 je. Hampir 3 jam juga aku ambil masa untuk siapkan entri ni. Fuuhhh…letih. Hehe… 🙂

Sebenarnya, entri ini adalah salah satu entri bagi menambahkan peluang untuk aku memenangi contest yang sedang dianjurkan oleh ariffsah. Ariff nak bagi RM500. Tu yang aku rebut peluang ni. Manalah tahu kan, kotlah ada rezeki aku dalam contest ni. 😀

 

error: Content is protected !!