Hari Ahad ni sesuai buat entri santai. Jadi, entri santai untuk Ahad ini ialah Kraftangan dan aku….Aku dan kraftangan.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, “kraftangan” bermaksud perusahaan, kerja atau seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.Manakala menurut wikipedia pula, “kraftangan” ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.
Kraftangan dan Aku. Aku ni nak kata kreatif sangat pun tak, nak kata tangan kayu tak reti langsung membuat kraftangan pun tak juga. Senang cakap, yang sedang-sedang saja. Dulu-dulu zaman aku budak-budak memang minat lah dengan kraftangan ni. Siap beli buku kraftangan lagi.
Tapi bila dah besar ni, agak kurang menceburkan diri membuat kraftangan. Dulu masa budak-budak memang suka buat origami pastu siap jual dengan jiran-jiran. Ketuk pintu rumah jiran, tanya nak beli tak. Yang best nya ada pula jiran aku yang beli. Dapat 20 sen, suka dah. Pegi kedai beli jajan, makan dengan adik-adik aku. Biasalah budak-budak kan, dapat 20 sen pun dah rasa kaya. Sekarang bila fikir balik, memang boleh buat aku tersenyum-senyum sorang-sorang. Mesti jiran aku tu beli sebab kesian je kat kitorang adik-beradik ni. Tak pun, dia beli sambil niat bersedekah kat budak-budak. Hehe.. 😀 Aku tak pasti lah sama ada origami ni termasuk juga ke dalam kategori kraftangan. Tapi kraftangan kertas memang ada, kan?. Itulah kisah kraftangan dan aku.
Zaman sekarang ni, sesiapa yang kreatif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kraftangan, memang boleh betul-betul buat duit. Buktinya, dengan berkembang pesatnya dunia blog di Malaysia ni, ramai yang buka perniagaan kraftangan online. Aku tengok ada banyak kraftangan yang dijual di blog-blog.
Ni nak cerita pasal kedai blog kraftangan (kedaikraft.blogspot.com) yang ada menjual pelbagai jenis kraftangan termasuk kraftangan kayu, keychain, beg dan capal kulit. Memang menarik barang-barang yang dijual di sini.
Cantik?. Menarik?. Berminat?. Gambar ni atas ini hanyalah contoh beberapa barang yang dijual. Ada lagi banyak barang-barang kraftangan yang dijual. Nak tempah dan nak tengok barang-barang lain? Layari blog kedai blog kraftangan atau FB page nya di Craftzee untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai barang-barang yang dijual.
” Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’.
Terima kasih sebab join.. tengok keputusannya..
Tak pernah aku dapat jual apa hasil kerja tangan ni
Hanya dapat suka2 je
wah..siap jual tu..tp kalo dpt 20 sen..mmg sure gembira rasa kan…ehehe
tu lah. masa kecik2 dulu, tengah main lipat2 kertas buat origami dengan adik2, dapat lak idea nak jual. keh3.
Dulu kecik2 memang minat kraftangan ni. Masa sekolah menengah dulu belajar buat batik, tapi tak jual lah.
Sama-sama, Zool 😀
semua contest ko nak sapu ni. hehe..