Kebelakangan ni aku agak rajin join segmen-segmen yang diadakan oleh blogger seatero Malaysia ni. Sebelum ni suka ni contest je. Kali ni nak join segmen Ketika Aku Kecil oleh blog Opera Hidup.   

5 perkara nakal yang aku lakukan semasa kecil dulu!

1. Ejek budak 1 tadika aku ‘maggie’ sebab ramut dia kerinting sangat macam maggie.  

2. Panggil jiran India aku ‘keling’ setiap kali dia lalu depan rumah aku.Lepas dah jerit tu, aku sorok balik dinding, sebab dia pandang aku dengan muka marah giler.

3. Panjat pokok jambu dan pokok rambutan, kemudian naik ke atas bumbung dan berjalan-jalan atas bumbung rumah. Lepas tu jiran-jiran pun jerit-jeritlah suruh aku turun sebab dah lah aku ni perempuan, dok panjat sampai atas bumbung pula.

4. Curi permainan akak aku, dan main permainan tu atas bumbung dengan adik-adik aku (adik aku semua lelaki, 3 orang). Akak aku tak reti panjat pokok, so kitorang selamat atas bumbug tu. Akak aku tak boleh buat apa.  

5. Tangap ladybird dan kurungkan dalam casing tape. 

5 permainan yang dimain masa aku kecil dulu!

1. Sorok-sorok

2. Tenteng

3. Baling selipar

4. Masak-masak

5. Main Lompat Getah

Pengalaman pahit semasa aku kecil?

Main baling-baling batu dengan jiran, pastu batu tu kena kat mata aku. Berdarah beb!. Lebam mata aku. Lepas tu terus aku jadi anti lelaki. (Yang baling batu tu budak lelaki). Hehehe.

Salam perkenalan kepada pemilik blog Opera Hidup. 1st time sampai ke blog ni.

BACA JUGA :  SEGMEN EYRIQAZZ: ADA APA DENGAN NAMA BLOG?
error: Content is protected !!